Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPM Ditegur Segerakan Pemerkasaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid

Kementerian Pendidikan Malaysia atau KPM ditegur segerakan pemerkasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid agar sistem pembelajaran negara tidak ketinggalan.

Memetik laporan Sinar Harian, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perancangan dalam Reformasi Pendidikan yang telah diputuskan kerajaan tidak boleh memakan masa yang panjang.

KPM ditegur segerakan pemerkasaan bahasa Inggeris

KPM Ditegur Segerakan Pemerkasaan Bahasa Inggeris

Foto: Sinar Harian

“Kalau keputusan pada 2023, dirangka pada 2024, diputuskan pada 2025, akan dimulakan rancangan ujian tahun 2026, tahun 2027 dijalankan peringkat awal dan 2028 baru melaksanakan, tidak boleh perancangan terlalu lama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan (MoF) di Putrajaya pada Rabu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujar beliau, perencanaan begitu lama dengan kerenah dan kerumitan pelbagai akan menyebabkan sistem pendidikan negara yang ketinggalan.

“Saya tidak nafikan kerenah dan kerumitan kerana kerencaman dalam sistem dan latihan guru tetapi kalau ikut kaedah lama, kita akan ketinggalan.
“Itu isunya,” ujarnya.

Menurutnya, pemerkasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid perlu diberi anjakan sebagaimana yang telah disepakati.

PM tak mahu sistem pendidikan ketinggalan, KPM ditegur segerakan pemerkasaan bahasa Inggeris

Foto hiasan: Carian Google

“Di antara yang saya tekankan selain daripada memantapkan penguasaan Bahasa Melayu adalah untuk memberikan sedikit anjakan iaitu memastikan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua itu mantap di kalangan pelajar terutama peringkat menengah,” katanya.

Artikel lain: KEMAS Perluas Program Pra Tahfiz, Rombak Struktur Program-Program Utama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Anwar berkata satu pasukan perlu digerakkan untuk berfikir dan bertindak secara pantas ke arah merealisasikan usaha tersebut.

“Kita pilih bagaimana hendak laksana dengan cepat. Tidak laksana cepat, kita akan kalah,” jelasnya.

Pada 8 Jun tahun lalu, Anwar menegaskan kerajaan tidak pernah berganjak daripada usaha memartabatkan Bahasa Melayu meskipun dalam masa yang sama mahukan rakyat negara ini menguasai Bahasa Inggeris.

Katanya, penguasaan Bahasa Inggeris bukan bermakna kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi perlu diabaikan.

Selain itu, kerajaan juga bercadang membawa sukarelawan pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura, bagi membantu meningkatkan penguasaan bahasa berkenaan di kawasan pedalaman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia susulan pertemuan beliau bersama Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong dalam kunjungan ke Malaysia, tahun lalu.

Sumber: Sinar Harian (Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pelakon meningkat naik di China, Liang Youcheng dilaporkan meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas disyaki dijangkiti virus influenza pada 30 Januari lalu, lapor...

Sosial

Seorang wanita yang bekerja di Kuala Lumpur menarik perhatian ramai selepas dia memilih untuk naik kapal terbang setiap hari dan ulang-alik dari Penang ke...

Dunia

Seramai 435 warga Malaysia dilapor dalam senarai pengusiran dari Amerika Syarikat, yang mana ia termasuk dalam 1.44 juta bukan warganegara Amerika Syarikaat (AS) yang...

Lokal

Seorang Ahli Parlimen atau MP DAP mahu jumpa menteri agama di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berhubung garis panduan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd