Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Disyaki Pukul Anak Sehingga Cedera, Wanita Direman Enam Hari

Seorang wanita berusia 37 tahun direman enam hari untuk membantu siasatan selepas disyaki memukul anak perempuannya, 4, sehingga tersungkur dan cedera terhantuk di bucu bangku di hadapan sebuah pasar raya di Jejawi, Arau baru-baru ini.

Wanita disyaki pukul anak

Foto: BERNAMA

Menurut laporan BERNAMA, perintah reman yang bermula pada Selasa telah dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Kangar Ana Rozana Mohd Nor.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi mengesahkan wanita tersebut ditahan di bilik sewanya di Jejawi pada pukul 11.30 malam Isnin selepas pihak polis menerima video melalui WhatsApp pada pukul 10 malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

pukul anak

Video tersebut memaparkan wanita yang juga pekerja kantin memukul bahagian belakang kepala anaknya sehingga terhantuk di bucu bangku dan berdarah di hadapan pasar raya tersebut.

“Kejadian itu berlaku pada 9 Feb (Ahad lepas) dan kanak-kanak ini luka berjahit di bahagian kening sebelah kanan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” kata Ahmad Mohsin.

pukul anak

Terdahulu, video berdurasi 47 saat yang menunjukkan kejadian tersebut telah menjadi tular di media sosial sejak Isnin.

Artikel lain: Buang Bayi: Ibu Empat Anak Direman, Suami Dalam Pusat Serenti

Hasil siasatan awal mendapati wanita tersebut dan suaminya yang juga pekerja kantin mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suspek dipercayai telah memukul bahagian belakang kepala anak perempuannya sehingga menyebabkan mangsa terhantuk di bucu bangku dan mengalami pendarahan di hadapan pasar raya berkenaan.

Sumber: BERNAMA

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pelakon meningkat naik di China, Liang Youcheng dilaporkan meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas disyaki dijangkiti virus influenza pada 30 Januari lalu, lapor...

Sosial

Seorang wanita yang bekerja di Kuala Lumpur menarik perhatian ramai selepas dia memilih untuk naik kapal terbang setiap hari dan ulang-alik dari Penang ke...

Dunia

Seramai 435 warga Malaysia dilapor dalam senarai pengusiran dari Amerika Syarikat, yang mana ia termasuk dalam 1.44 juta bukan warganegara Amerika Syarikaat (AS) yang...

Lokal

Seorang Ahli Parlimen atau MP DAP mahu jumpa menteri agama di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berhubung garis panduan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd