Punca seorang lelaki menembak tukang cuci di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam malam tadi mungkin disebabkan tidak puas hati ditegur supaya mengalihkan barang dari kawasan kerja mangsa.
Menurut laporan Malaysia Gazette, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menyatakan bahawa setakat ini motif tindakan suspek belum diketahui.
Difahamkan, pihak polis kini sedang giat memburu suspek.
Tukang cuci ditembak di Setia Alam
Foto: Astro Awani
“Apa yang kita tahu, dia menembak mangsa hanyalah kerana mangsa menegurnya meletakkan barang di tempat mangsa.
“Jadi hasil risikan mungkin mendedahkan suspek dalam pengaruh barang terlarang,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Sambutan 60 Tahun Silat Cekak di Angkasapuri Kota Media.
Artikel lain: Pemandu Rempuh Pelajar Cemerlang Dibebas Dengan Jaminan Polis
Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak perlu bimbang kerana keadaan dijamin terkawal.
“Buat masa ini kita sedang menyiasat tindakan susulan daripada Polis Selangor yang dibantu pihak Polis Bukit Aman.
“Insya-Allah kita dapat menyelesaikan kes ini dalam masa yang terdekat.
“Arahan daripada Ketua Polis Negara pagi tadi kepada semua ketua polis negeri untuk mempertingkatkan kawalan keselamatan hanyalah untuk menambahkan keyakinan para pengunjung kepada semua pusat membeli-belah,” jelasnya.
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 30-an dan mempunyai 11 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.
Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, kecoh di media sosial seorang lelaki warga tempatan telah melepaskan tembakan di dalam sebuah pusat membeli-belah sebelum bertindak melarikan diri pada Sabtu.
Susulan insiden itu, seorang tukang cuci tercedera akibat terkena tembakan di bahagian kaki dan telah menerima rawatan di sebuah hospital.
Sumber: Malaysia Gazette (Nur Arina Asbar)
![](https://borakdaily.com/wp-content/uploads/2024/01/BORAK-DAILY-v1.png)