Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

T.O.P Tidak Akan Kembali Sertai BigBang, Masih Rasa Bersalah Dipenjara 10 Bulan

Bekas ahli kumpulan BigBang, T.O.P tidak akan kembali sertai BigBang kerana rasa bersalah yang masih menebal sehingga kini selepas dipenjara 10 bulan akibat penyalahgunaan dadah pada 2017.

Dalam satu temu bual eksklusif bersama The Korea Herald, T.O.P atau nama sebenarnya Choi Seung-hyun mengesahkan tidak akan kembali kepada kumpulan itu, lapor Berita Harian.

T.O.P tidak akan kembali sertai BigBang

T.O.P Tidak Akan Kembali Sertai BigBang

Dalam temu bual pertama selepas 11 tahun, T.O.P membuka mulut mengenai alasan di sebalik pengundurannya daripada BigBang biarpun tiga anggotanya, G-Dragon, Teayang dan Deasung bersatu dan beraksi pada MAMA Awards 2024.

Artikel lain: Bersiar-Siar Dengan Stroller, Henry Cavill ‘Superman’ Dah Jadi Bapa

Advertisement. Scroll to continue reading.

Alasan T.O.P tidak akan kembali sertai BigBang

“Mengenai langkah ke hadapan secara solo, saya fikir jika saya menghadapi kritikan dan kecaman, itu adalah sesuatu yang boleh saya tangani sendiri.
“Namun, selagi saya masih menjadi sebahagian daripada BigBang, rasa bersalah itu tidak akan hilang. Saya percaya, saya tidak boleh membiarkan kumpulan ini terus menderita kerana saya.
“Sebab tidak pulang ke pangkuan mereka, sejujurnya kerana saya terlalu malu untuk berhadapan dengan ahli lain,” katanya.

Selepas berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam hidup termasuk masalah undang-undang pada 2017, T.O.P berusaha melarikan diri daripada peristiwa hitam yang masih menghantuinya.

Rasa bersalah atas penggunaan dadah pada 2017, T.O.P tidak akan kembali Sertai BigBang

“Selama 10 tahun kebelakangan ini, saya hanya bergerak antara rumah dan studio muzik saya.
“Saya tinggal di studio kerana mencipta muzik adalah satu-satunya masa yang saya fikir boleh melarikan diri daripada kegelapan,” ujarnya.

Terdahulu, T.O.P terbabit dalam skandal penggunaan ganja yang menyebabkan dia dihukum penjara selama 10 bulan pada tahun 2017.

Walaupun melalui tempoh sukar, T.O.P mengharungi krisis peribadi itu namun perasaan bersalah terhadap ahli kumpulan tetap menghantui sehingga dia mengambil keputusan berundur pada 2023 dan meneruskan karier secara solo.

T.O.P menyertai label rakaman YG Entertainment dan memulakan kerjaya sebagai penyanyi rap BigBang pada 2006 dan kemudain membuat penampilan pertama dalam bidang lakonan pada 2007 menerusi siri TV I Am Sam, diikuti Iris (2009) dan filem Nineteen (2009).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: The Korea Herald

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) FC kerana jadi juara Liga Super...

Dunia

Dua kanak-kanak maut di Kemboja dalam kes letupan bom pelancar roket di wilayah Siem Reap, barat laut, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad....

Nasional

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan lengkap proses mengikut proses perundangan susulan...

Nasional

Seramai 287 orang belia autisme dan berkeperluan khas telah menerima manfaat daripada Program Latihan Kemahiran Insklusiviti melalui 13 buah Institusi Latihan Kemahiran Belia dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd