Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Ops Bersepadu Dilaksana, Had Laju Jalan Persekutuan Turun 80km/j – KKR

Kerajaan akan melaksanakan Ops Bersepadu selama enam hari bermula esok, 28 Januari hingga 2 Februari 2025 bagi memastikan kelancaran perjalanan sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Kerajaan laksana Ops Bersepadu

Ops Bersepadu

Foto: Malay Mail

Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi berkata, operasi tersebut melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mewartakan pengurangan had laju daripada 90km/j kepada 80km/j di semua Jalan Persekutuan sepanjang tempoh tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kerja-kerja pembinaan dan penyenggaraan jalan yang tidak kritikal akan dihentikan sementara untuk mengelakkan gangguan aliran trafik.

Artikel lain: Diskaun Tol 50 Peratus: Kebajikan Rakyat Terus Dijaga, Kerajaan Tanggung RM20 Juta Sebagai Pampasan

“Kerja-kerja pembinaan dan penyenggaraan jalan yang tidak kritikal akan dihentikan sementara agar tidak mengganggu aliran trafik sepanjang tempoh tersebut. Kerja-kerja kecemasan yang perlu disegerakan demi keselamatan pengguna akan dirancang dengan sebaiknya.
“Sekiranya perlu, laluan alternatif akan disediakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, PLUS juga telah menerima arahan untuk menghentikan sementara kerja pelebaran lorong di lebuhraya jajaran Sedenak-Kulai bermula 23 Januari hingga 3 Februari 2025.

Pada masa sama, Nanta menasihati semua pengguna jalan raya untuk melakukan persediaan secukupnya sebelum memulakan perjalanan dan berhati-hati menuju ke destinasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Alexander Nanta Linggi

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua kilang pemprosesan kicap dan sos cili yang sudah beroperasi lebih 120 tahun di Pulau Pinang diarah tutup selama 14 hari selepas didapati tidak...

Politik

Susulan kes kalah saman fitnah terhadap tiga veteran dan pemimpin DAP, Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad selesai membayar RM830,034.75 dalam bentuk...

Nasional

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Radzi Jidin mempersoalkan percanggahan kenyataan antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan...

Lokal

Mahkamah Tinggi George Town, Pulau Pinang pada Khamis menolak permohonan seorang peguam bagi memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd