Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Umpan Guna Duit RM1, Lelaki Warga India Dituduh Amang Fizikal Dua Kanak-Kanak Perempuan

Seorang lelaki warga India dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar hari ini atas pertuduhan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak perempuan di sebuah surau di Segamat, minggu lalu.

Memetik laporan Buletin TV3, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh iaitu Shaikh Faroouqe Nabisaheb, 59, kerana tidak memahami pertuduhan yang dikemukakan dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Warga India Cabul Dua Kanak-Kanak Perempuan Di Surau

Warga Tua India

Foto: Buletin TV3

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di sebuah surau pada jam 6.20 petang, 4 Januari lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seterusnya, bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa melakukan perbuatan sama terhadap kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun pada waktu, tarikh dan lokasi sama.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dengan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, bagi setiap pertuduhan.

Kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakan lelaki bermain di taman permainan sebelum ke surau terbabit untuk minum kerana kehausan, berdasarkan laporan dibuat.

Ketika itu, tertuduh yang berada di surau terbabit mendekati mangsa dan menghulurkan sejumlah duit sebanyak RM1 seorang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa sama, tertuduh mengambil kesempatan melakukan perbuatan itu terhadap kedua-dua mangsa perempuan.

Perbuatan tertuduh disaksikan rakan lelaki mangsa sebelum mereka memberitahu ibu bapa masing-masing mengenai kejadian itu.

Warga Tua India

Foto: Carian Google

Susulan itu, ahli keluarga kedua-dua mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat pada 4 Januari dimana tertuduh ditahan pada hari sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Othman Affan dan Diyana Najiha Muhamed Fauzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel lain: Lelaki Warga India Menyamar Sebagai Juruterbang Singapura Ditahan

Pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan tarikh singkat bagi membolehkan kehadiran jurubahasa.

Mahkamah menetapkan 10 Februari untuk sebutan semula dan tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin Tv3

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Susulan kes ugutan babit anak menteri yang didakwa meminta seorang wanita berusia 20-an untuk gugurkan kandungannya, polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung laporan berkenaan....

Dunia

Seorang remaja lelaki, Muh Zahwa yang juga pelajar tahfiz dilaporkan meninggal dunia dalam kebakaran sebelum ditemukan dalam keadaan peluk al-Quran di sebuah asrama madrasah...

Dunia

Insiden hutan terbakar dahsyat, dipanggil sebagai ‘Palisades Fire’ di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), telah menggemparkan seluruh dunia, semalam. Memetik laporan AP News, difahamkan...

Sukan

Bintang bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dilaporkan menjadi buruan sekurang-kurangnya tiga kelab terkemuka Iran untuk beraksi dalam saingan Liga Persian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd