Seorang remaja lelaki, Muh Zahwa yang juga pelajar tahfiz dilaporkan meninggal dunia dalam kebakaran sebelum ditemukan dalam keadaan peluk al-Quran di sebuah asrama madrasah di Daerah Pinrang, Sulawesi Selatan.
Pelajar tahfiz meninggal dunia dalam kebakaran peluk Al-Quran
Foto: detik.com
Menurut laporan detiksumut, kejadian menyayat hati itu berlaku di Kampung Patobong, Mukim Mattiro Sompe pada Rabu lalu kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Berdasarkan penjelasan juruteknik DDI Patobong, Aris, pelajar-pelajar sedang menunaikan solat Zohor di masjid madrasah belum tiba-tiba api mula menjilat salah satu bangunan asrama lelaki.
Mereka kemudian bergegas ke asrama untuk menyelamatkan barang-barang mereka walaupun dihalang oleh Aris.
Dua orang pelajar berjaya menyelinap masuk ke dalam asrama yang sedang terbakar.
Artikel lain: OKT Disahkan Meninggal Dunia Dalam Lokap Balai Polis
“Saya melarang mendekat dan masuk, tapi ada dua (pelajar) yang masuk, termasuk korban,” katanya.
Seorang daripada mereka berjaya menyelamatkan diri dengan melompat keluar, manakala Zahwa yang berusia 14 tahun dipercayai terperangkap di dalam.
Aris mengesyaki mangsa cuba menyelamatkan barang-barangnya di tingkat dua asrama sebelum terjatuh ke tingkat satu akibat struktur bangunan yang terbakar.
“Dia sepertinya naik untuk mengambil barang,” katanya.
Foto: Tribunnews
Selepas anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran, jasad Zahwa ditemui dalam keadaan rentung dan yang paling memilukan, jasad mangsa dilihat dalam keadaan memeluk al-Quran.
“Korban ditemukan dalam posisi memeluk al-Quran. Itu ingin dibawa turun dari bangunan asrama kerana terbakar bersama pakaiannya,” ujarnya.
Sumber: detiksumut