Seorang anggota polis yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras di tali air pintu gerbang Changkat Lada, Kampung Gajah pada ahad ditemukan meninggal dunia.
Mayat anggota polis lemas ditemukan
Foto: MalaysiaGazette
Menurut laporan Sinar Harian, mayat Koperal Muhammad Taufik Sayuti, 39, ditemui pada jam 4.55 pagi Isnin selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.
Artikel lain: Anggota Tentera Meninggal Dunia Dipercayai Lemas, Seorang Lagi Masih Hilang
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad mengesahkan penemuan mayat mangsa di sekitar kawasan tebing pada jarak 3 meter dari Pusat Kawalan Bomba (PKB).
“Mangsa telah dibawa naik menggunakan bucket stretcher, tali webbing dan tali menyelamat.
“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.
Foto: MalaysiaGazette
Mangsa yang bertugas di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dilaporkan sedang melakukan aktiviti mandi bersama rakan-rakannya ketika kejadian berlaku.
Mangsa dikatakan keletihan dan cuba berenang ke tebing, namun arus deras telah menghanyutkannya.
Sebelum kejadian, mangsa difahamkan baru sahaja selesai menghadiri majlis reunion sekolahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changkat Lada.
Sumber: Sinar Harian (Normawati Adnan)