Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pendakwah Kontroversi Hina Penjual Teh Ais Umum Letak Jawatan Sebagai Utusan Khas

Pendakwah kontroversi di Indonesia, Miftah Maulana Habiburrahman mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Utusan Khas (Bahagian Kerukunan Beragama) Presiden Prabowo Subianto hari ini.

Memetik laporan CNBC Indonesia, pendakwah itu berkata keputusan dibuat secara sukarela tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

“Keputusan ini (letak jawatan) dibuat semata-mata kerana rasa cinta, hormat dan tanggungjawab saya yang sangat mendalam kepada bapak presiden (Prabowo).
“Tindakan ini bukan langkah terakhir saya untuk berkhidmat kepada negara melainkan cara yang lebih luas,” katanya sambil menangis menerusi siaran langsung yang disiarkan CNN Indonesia pada Jumaat.

Gus Miftah Berlakon Minta Maaf, Dia Takut Hilang Jawatan'

Foto: Carian Google

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden Prabowo di atas kesempatan yang diberikan kepadanya selama ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Minta maaf bapak, saya belum jadi seperti yang diharapkan,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, tular video yang memaparkan Miftah Maulana Habiburrahman atau dikenali sebagai Gus Miftah mempersendakan dan menghina seorang penjual air teh di sebuah program ceramah pada bulan lalu.

Sumber: CNBC Indonesia

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Seorang pakar psikiatri kanak-kanak rakyat Malaysia dipenjara lapan tahun enam bulan oleh mahkamah Ireland atas kesalahan menjalankan aktiviti pengantunan seksual (child grooming) dan mendera remaja...

Politik

Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad mahu meneliti alasan penghakiman penuh sebelum mengambil tindakan lanjut selepas diarah mahkamah membayar RM750,000 kepada tiga pemimpin...

Lokal

Seorang pakar kesihatan holistik, Dr. Siti Juariah Kusni atau lebih dikenali sebagai Dr. Jue telah berjaya menganjurkan sebuah seminar ilmiah mengenai diabetes, iaitu Seminar...

Lokal

Dua beranak berdepan pertuduhan berasingan melakukan maksiat iaitu persediaan persetubuhan haram dan berkhalwat bersama pasangan masing-masing menerusi prosiding Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Terengganu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd