Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Kalah Saman, Siti Mastura Teliti Alasan Penghakiman Sebelum Ambil Tindakan Lanjut

Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad mahu meneliti alasan penghakiman penuh sebelum mengambil tindakan lanjut selepas diarah mahkamah membayar RM750,000 kepada tiga pemimpin DAP.

Foto: Malaysiakini

Menurut laporan Malaysiakini, Hakim Quay Chew Soon telah mengarahkan Mastura membayar RM300,000 kepada Lim Kit Siang, RM250,000 kepada Lim Guan Eng, dan RM200,000 kepada Teresa Kok.

“Kita akan tengok alasan penghakiman penuh dahulu sebelum buat apa-apa keputusan,” kata Siti Mastura hari ini.

Beliau memberi reaksi sedemikian selepas ditanya berkenaan kemungkinan dia akan membuat rayuan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semalam, media melaporkan pengerusi Lajnah Perpaduan Dewan Muslimat PAS itu kalah dalam kes saman fitnah yang dikenakan terhadapnya.

Peguam plaintif, Sankara Nair mendedahkan bahawa Siti Mastura turut perlu membayar faedah tahunan lima peratus sekiranya gagal membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan.

Mahkamah juga mengarahkan Mastura membayar kos guaman sebanyak RM25,000 kepada setiap seorang plaintif.

Saman ini bermula apabila Siti Mastura mendakwa Kit Siang, Guan Eng, dan Kok mempunyai pertalian keluarga dengan pemimpin Parti Komunis Malaya iaitu Chin Peng, dan bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, George Town pada 27 November lalu.

Sumber: Malaysiakini (N Faizal Ghazali)

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sekumpulan Parti Buruh Indonesia (KSPI) berhimpun di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai protes berhubung kejadian tembak pada 24 Januari lalu di Selangor....

Lokal

Seorang anggota tentera, Prebet Muhammad hilang hampir seminggu selepas keluar untuk bergunting rambut pada Selasa lalu. Prebet Muhammad hilang Menurut laporan Kosmo! Online, bapa...

Lokal

Padah mengugut bunuh pelawak Harith Iskander dan keluarganya berhubung lawak isu ‘ham’, seorang lelaki akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini. Menurut laporan...

Spotlight

Bekas ahli kumpulan BigBang, T.O.P tidak akan kembali sertai BigBang kerana rasa bersalah yang masih menebal sehingga kini selepas dipenjara 10 bulan akibat penyalahgunaan dadah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd