Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

METMalaysia Kesan Gempa Bumi Lemah Di Tawau

Satu gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di Tawau, Sabah pada jam 4.54 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan gempa tersebut direkodkan pada kedudukan 4.5° Utara dan 118.1° Timur dengan magnitud 2.7 pada skala richter.

Foto: Facebook Malaysian Meteorological Department

Ia berpusat sejauh 17 kilometer di utara Tawau pada kedalaman 10 kilometer. Gegaran akibat gempa bumi tersebut turut dirasai di sekitar kawasan Tawau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam kenyataan sama, jabatan itu memohon mereka yang merasai gegaran berkenaan supaya mengisi borang soal selidik pada pautan yang berikut – https://forms.gle/BuhTW8K4B8op9rRx6.

Sumber: Facebook Malaysian Meteorological Department

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial kemalangan ngeri di persimpangan lampu isyarat Matahari Height Senawang kelmarin hingga mengakibatkan 2 remaja maut selepas dirempuh sebuah kereta jenis...

Nasional

KUCHING, 6 MAC 2025 – Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran, Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji...

Sosial

Tular di media sosial seorang makcik berbangsa Cina yang sanggup datang ke masjid untuk memberikan sedekah menerusi tabung masjid walaupun dipercayai bukan beragama Islam....

Lokal

Salah seorang saksi nampak jelas mengenai kejadian kemalangan maut membabitkan dua motosikal dirempuh sebuah kereta yang gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat merah di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd