Bekas pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu bagi sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Menerusi satu hantaran di Facebook rasmi pasukan itu, Persis Solo mengumumkan perkara tersebut dengan memuat naik beberapa foto Kim Swee.
Ong Kim Swee sah jadi jurulatih kelab Indonesia, Persis Solo
“Officially ours. Ong Kim Swee is a Red,” kata pasukan itu ringkas menerusi ruangan kapsyen.
Perkembangan ini sekaligus menjawab desas desus berhubungn hala tuju Kim Swee yang turut dikaitkan dengan struktur baharu skuad Harimau Malaya sebelum ini.
Artikel lain: Selepas Tiga Tahun, Ong Kim Swee Tinggalkan Sabah FC
Sekadar info, Persis Solo buat masa sekarang menduduki tangga ketiga tercorot dalam carta liga dengan mengumpul tujuh mata selepas mengharungi 11 perlawanan.
Sebelum ini, pengendali berusia 53 tahun itu mengumumkan perpisahan dengan skuad Sabah FC selepas kontraknya berakhir secara rasmi 30 November ini.
Sejak dilantik pada September 2021, Kim Swee telah membantu Sabah menamatkan Liga Super dalam kelompok tiga teratas bagi dua musim berturut-turut selain memacu kemaraan ke separuh akhir Zon Asean Piala AFC musim lepas.
Sumber: Facebook Persis Solo