Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh mengkritik kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkaitan dengan isu yang melibatkan kedudukan individu pada peringkat bawahan.
Foto: Sinar Harian
Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Akmal menegaskan bahawa individu yang berada di penjawatan rendah akan terus lantang bersuara mempertahankan agama, bangsa dan negara.
“Terjemahannya: ‘Antony Loke berterus terang Akmal tahap rendah, tak perlu bazir masa membalas, elak menjejaskan fokus terhadap tugas penting’.
“Iya kamu memang berjawatan tinggi, tetapi kamu jangan ingat kamu boleh buat sesuka hati kamu. Kami yang dianggap jawatan rendah inilah yang akan terus lantang bersuara mempertahankan agama bangsa dan tanah air ini,” tulisnya pada Rabu.
Foto: Sinar Harian
Beliau turut menganggap kenyataan Loke sebagai seorang yang berpangkat adalah sombong.
“Tidak kira betapa besar jawatan yang kau ada wahai Anthony Loke Siew Fook. Baru ada pangkat, sombong! Kaduk naik junjung!” tulisnya lagi.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Loke dalam satu program audio siar sebuah portal tempatan.
Sumber: Facebook Akmal Saleh