Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Liga Super: JDT Mudah Ratah Perak FC 5-0

Johor Darul Ta’zim (JDT) yang hadir selaku pasukan pelawat tidak berdepan masalah untuk meratah Perak FC 5-0 pada aksi tertunda Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), di Iskandar Puteri, semalam.

Memetik laporan Astro Awani, keputusan itu juga menyaksikan skuad kendalian Hector Bidoglio itu menamatkan saingan pusingan pertama dengan rekod bersih tanpa kekalahan selepas mengharungi 14 perlawanan dengan 13 kemenangan dan satu seri untuk mengumpul 40 mata.

Foto: Berita Harian

Malah, juara 10 kali liga itu tampak berada di landsman tepat bagi memburu kejuaraan ke-11 pada musim ini ketika pencabar terdekat Selangor FC ketinggalan 11 mata.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Aksi kedua-dua pasukan yang disambung pada minit ketiga permainan di babak pertama menyaksikan JDT membuka tirai jaringan pada minit ke-21 selepas sepakan lintang Arif Aiman Hanapi gagal ditangkap kemas penjaga gol Perak, Mohamad Ramdhan Ab Hamid untuk membolehkan Romel Romeles yang tidak dikawal mudah menolak bola masuk.

Foto: Bernama

Perlawanan di gelanggang itu turut menyaksikan kekasaran berlaku antara Arif Aiman Mohd Hanapi dan Tommy Mawat, sekali gus kedua-duanya dilayangkan kad kuning oleh pengadil Razlan Joffri Ali.

Bergson pula turut melengkapkan hatrik pada minit ke-89 dan keputusan kekal 5-0 sehingga tiupan wisel penamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: MakanBola

Terdahulu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menyatakan sebelum ini, tempat perlawanan tertunda Liga Super 2024/2025 antara Perak FC dan juara bertahan JDT yang sepatutnya berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung ditukar ke Stadium Sultan Ibrahim.

Pertukaran tempat itu untuk mengelakkan sebarang insiden tidak diingini yang mungkin akan menundakan lagi jadual liga musim ini.

Sumber: Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Lokal

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengiktiraf pencapaian cemerlang 70 pemain industri pembinaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd