Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Jakim Komited, Percepat Permohonan Sijil Halal Kepada 30 Hari -Zulkifli Hasan

Tempoh proses permohonan sijil halal kini telah berjaya dipercepatkan proses perolehannya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), iaitu selama 30 hari.

Memetik laporan Buletin TV3,  Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, Jakim sebenarnya berjaya mempercepatkan proses sijil halal daripada beberapa bulan sehingga 30 hari.

Foto: Carian Google

Beliau berkata, Jakim sememangnya komited dalam menyegerakan proses tersebut bagi memastikan pihak pemohon tidak berdepan sebarang birokrasi yang panjang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, ia akan terus ditambah baik dari semasa ke semasa sekiranya terdapat peningkatan statistik permohonan dan kelulusan.

“Sebenarnya JAKIM berjaya mempercepatkan sijil halal daripada beberapa bulan sehingga 30 hari. Ini juga akan diusahakan lagi ditambah baik dari semasa ke semasa sekiranya kita lihat dari segi statistik ada peningkatan permohonan dan kelulusan,” katanya.

Foto: Sinar Harian

Dr Zulkifli juga menyatakan, jumlah kutipan bayaran sijil halal juga mencatatkan peningkatan positif sebanyak RM80 juta setakat 2023.

Menurutnya, jumlah tersebut merupakan perkembangan memberangsangkan selain menjadi pengukur bahawa lebih ramai pemohon khususnya premis makanan telah mula untuk mendapatkan perakuan sijil halal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya, hasil kutipan itu juga bakal digunakan bagi melaksanakan program kesedaran mengenai kepentingan memperoleh sijil halal dalam industri makanan dan minuman.

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bermula Jumaat tahun depan, pemakaian baju kurung dan baju Melayu teluk belanga bersama Kain Benang Johor oleh penjawat awam sebagai baju kerja akan dilaksanakan....

Kolumnis

Kita mesti sentiasa berpesan bahawa integriti bukanlah sekadar nilai tambahan. Sebaliknya tiang seri yang menentukan kestabilan dan kelangsungan sesebuah negara. Apa jua bentuk korupsi,...

Lokal

Setelah lebih lapan tahun, saluran Astro Warna secara rasmi tamat siaran pada tengah malam 3 Disember dan dikatakan bakal beralih ke saluran Astro Prima....

Lokal

Suruhanjaya Tenaga (ST) berjaya lupuskan sejumlah 4,386 barangan rampasan bernilai lebih RM250,000 bagi kes-kes di Semenanjung Malaysia di sebuah pusat pembuangan dan pelupusan logam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd