Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

LKIM Terus Komited Dalam Memperkasakan Industri Perikanan Dan Komuniti Nelayan

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyambut ulang tahun yang ke-53 dalam sebuah majlis yang diadakan di Dewan Besar LKIM, Wisma LKIM, hari ini.

Sambutan ini menandakan penghargaan kepada lebih lima dekad dedikasi dan usaha LKIM dalam memperjuangkan kesejahteraan masyarakat nelayan dan memacu kemajuan industri perikanan negara.

Pengerusi LKIM, Tuan Haji Muhammad Faiz Bin Fadzil, bersyukur atas kejayaan LKIM dalam mencetuskan perubahan positif dan pembakar semangat bagi komuniti nelayan.

“Sambutan ulang tahun ini bukan sahaja memperingati pencapaian yang telah kita capai, tetapi juga sebagai pembakar semangat untuk terus berinovasi demi memajukan industri perikanan negara ke arah yang lebih mampan,” katanya.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli Jemaah Lembaga LKIM, PengarahPengarah Bahagian dan Pengarah LKIM Negeri, Pengerusi dan Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dan wakil, pegawai dan kakitangan LKIM, wakil-wakil Persatuan Nelayan Negeri dan Persatuan Nelayan Kawasan serta wakilwakil pegawai dan kakitangan LKIM Negeri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) Antara LKIM

Pada majlis sambutan itu juga, turut diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) Antara LKIM dan beberapa syarikat utama dalam industri perikanan, termasuk Joo Lee Import & Export Co. Sdn. Bhd., Soon Huat Frozen Food Sdn. Bhd., ACA Energy Sdn. Bhd., Group Five Poultry Farm Sdn. Bhd., dan Sunlight Pacific Sdn. Bhd.

Tujuan kerjasama yang dinamik ini adalah memperkukuhkan daya saing sektor perikanan negara dengan memperkenalkan inovasi dan teknologi terkini, yang dapat meningkatkan kecekapan operasi serta pemasaran produk perikanan.

Memberikan penghargaan

Bukan itu sahaja, LKIM turut memberikan penghargaan atas pencapaian cemerlang di Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism (MAHA) 2024 yang baru berlangsung.

LKIM berjaya menarik perhatian ribuan pengunjung dengan menampilkan produk perikanan tempatan serta mempamerkan inovasi terkini yang memperkasa sektor perikanan melalui segmen Floating Market di D’Laman LKIM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, bertanggungjawab meningkatkan kecekapan pemasaran hasil perikanan, menyokong usahawan perikanan, serta menyediakan pelbagai kemudahan seperti pembangunan infrastruktur, logistik, dan latihan kepada nelayan.

Melaksanakan pelbagai program pembangunan kepada nelayan

Menurut Ketua Pengarah LKIM, Encik Hamdan bin Mamat, pembangunan infrastruktur perikanan dan program pemodenan peralatan menangkap ikan, pemasangan unjam, serta projek akuakultur dilaksanakan demi kelestarian sumber perikanan negara di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) beserta peruntukan dana bagi LKIM dalam Bajet 2025.

“Peruntukan ini membolehkan LKIM memperluas inisiatif seperti pembangunan jeti moden, bantuan modal untuk nelayan, dan skim keselamatan sosial, sekaligus menunjukkan komitmen kerajaan dalam memperkasa komuniti nelayan,” ujarnya.

Sempena sambutan ulang tahun ke-53 LKIM ini, Bahagian Pemasaran dan Pelesenan LKIM bersama FAMA juga telah menganjurkan promosi jualan ikan segar dan beras berkualiti pada harga runtuh di Dewan Besar, Wisma LKIM, Puchong pada 4 November 2024 bermula 8.00 pagi tadi.

Difahamkan, pengunjung berpeluang menikmati harga murah dengan kualiti terbaik untuk ikan segar dan beras, termasuk tawaran istimewa percuma satu kilogram ikan bagi setiap pembelian satu kilogram.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Lokal

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengiktiraf pencapaian cemerlang 70 pemain industri pembinaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd