Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Mohamad Sabu Ketuai Delegasi Ke Mesyuarat AIMMAF

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu telah mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat kali ke-8 Menteri-Menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN-India (AIMMAF) anjuran Myanmar secara dalam talian pada 25 Oktober lalu.

Mohamad Sabu ketuai delegasi ke Mesyuarat AIMMAF

Menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Malaysia mengambil maklum kemajuan Medium-term Plan of Action for ASEAN-India Cooperation in Agriculture and Forestry (2021-2025) selain menggalakkan negara anggota ASEAN (AMS) dan India untuk terus mengenal pasti projek dan program yang berpotensi untuk dilaksanakan di masa hadapan.

Mesyuarat AIMMAF

“Malaysia turut menyarankan agar Dana ASEAN-India dioptimumkan untuk meneroka bidang kerjasama khususnya inisiatif berkaitan kemampanan pertanian dan mitigasi perubahan iklim,” kata KPKM dalam satu kenyataan hari ini.

Mesyuarat AIMMAF adalah mesyuarat dwi-tahunan yang membincangkan aspek kerjasama ASEAN-India dalam bidang pertanian dan perhutanan.

Mesyuarat tersebut telah membincangkan status pelaksanaan Medium-term Plan of Action for ASEANIndia Cooperation in Agriculture and Forestry (2021-2025).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Mat Sabu Teruja Bertemu Khabib, Berbual Soal Prinsip Hidup

Ia membabitkan kemajuan dalam usaha promosi pelaburan, pembangunan modal insan dalam sektor makanan, pertanian, perhutanan dan perikanan serta pengukuhan daya tahan sistem ekologi.

Mesyuarat AIMMAF

“Mesyuarat turut mengetengahkan kepentingan amalan kemampanan pertanian dan pertanian regeneratif dalam mengukuhkan keterjaminan makanan serantau,” ujarnya.

Sementara itu, mesyuarat tersebut bersetuju supaya AMS dan India menumpukan kerjasama berteraskan aspek kemampanan pertanian.

“Aspek berkenaan merangkumi usaha penyahkarbonan, pengurangan penggunaan racun kimia, pencegahan amalan pembakaran tanaman, pemerkasaan pendigitalan, dan penyebarluasan aplikasi sains dan teknologi dalam sektor makanan, pertanian dan perhutanan,” kata KPKM lagi.

Mesyuarat AIMMAF yang seterusnya akan diadakan pada tahun 2026 di India.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penyertaan Malaysia dalam Mesyuarat AIMMAF tidak boleh ditafsirkan sebagai pengiktirafan Malaysia kepada rejim tentera Myanmar sebagai Kerajaan Myanmar yang sah.

Mesyuarat AIMMAF

Turut menyertai Mesyuarat The 8th AIMMAF Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Isham Ishak selain wakil dari pelbagai kementerian, jabatan dan agensi.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial, seorang pelancong dari China meluahkan rasa kesal ketika melancong di  Malaysia. Menurut perkongsiannya melalui laman Xiaohongshu, pelancong memberitahu dia tidak...

Lokal

YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selamat diijabkabulkan bersama YM Tengku Natasya Puteri Binti...

Lokal

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah berjaya menganjurkan Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) 2024,18 Oktober lalu di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Menerusi satu...

Nasional

Jabatan Muzium Malaysia mengambil insiatif menganjurkan program Semarak@Muzium Kota Kuala Kedah yang berkonsepkan muzium bersama komunikasi. Difahamkan, program ini dijadikan sebagai platform dan usaha...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd