Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Hanni NewJeans Idol Pertama Bersuara Di Parlimen, Dakwa Syarikat Tindas Kejayaan

Anggota NewJeans, iaitu Hanni muncul sebagai saksi di hadapan Jawatankuasa Alam Sekitar dan Buruh di Perhimpunan Kebangsaan (EUL) Seoul selepas mendakwa kumpulan itu menjadi mangsa buli syarikat HYBE, pada Selasa.

Memetik laporan Allkpop, Jawatankuasa Alam Sekitar dan Buruh Perhimpunan Nasional mengadakan audit parlimen yang menyasarkan Majlis Ekonomi, Sosial, dan Buruh di bawah Pejabat Presiden serta organisasi yang berkaitan dengan Kementerian Pekerjaan dan Buruh.

Foto: Allkpop

Hanni telah dipanggil sebagai rujukan, manakala CEO Ador Kim Jooyoung dan Ketua Pegawai Sumber Manusia (CHRO) HYBE, dipanggil sebagai saksi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sesi ini memberi tumpuan kepada buli idol dan gangguan di tempat kerja, menjadikan Hanni sebagai idol K-pop pertama yang menghadiri audit parlimen.

Foto: Allkpop

Penyanyi tersebut hadir memberi keterangan berhubung kenyataan sebelum ini tentang kumpulannya dibuli dan diabaikan oleh syarikat pengurusan mereka.

Dakwanya, dia mempunyai bukti pekerja di agensi berkenaan membuli mereka malah Hanni dilihat mengalirkan air mata ketika bercakap di hadapan jawatankuasa tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Allkpop

“Baru-baru ini saya mendengar pekerja HYBE mengutuk kami malah pasukan perhubungan awam syarikat tersebut merendah-rendahkan kejayaan kami di Jepun.
“Saya yakin HYBE membenci kami dan saya tak faham kenapa kami perlu melalui situasi itu.
“Saya fikir mereka ingin jatuhkan kami memandangkan karier kami meningkat bukan hasil rancangan asal syarikat,” katanya.

Foto: Allkpop

Malah, Hanni berkata undang-undang tidak mampu menyelesaikan segala masalah, sebaliknya penyanyi itu memberiahu perasaan saling menghormati lebih penting untuk mengelakkan kes buli di tempat kerja.

“Apa yang saya sedar ialah undang-undang bukanlah penyelesaian kepada semua masalah dunia.
“Tetapi saya fikir, jika kita saling menghormati sesama manusia, tidak akan ada sebarang kes buli di tempat kerja,” jelasnya dalam keadaan sebak.

Foto: Allkpop

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hanni atau Pham Ngoc Han, 20, mengakhiri sidang parlimen tersebut dengan berkata, sesi sidang ini merupakan khas tentang isu buli dan gangguan di tempat kerja.

“Sesi hari ini adalah tentang buli dan gangguan di tempat kerja. Melalui pengalaman ini, saya telah menyedari bahawa walaupun undang-undang mungkin tidak dapat menyelesaikan semua masalah di dunia, jika kita menghormati satu sama lain sebagai manusia, tidak akan ada buli atau gangguan di tempat kerja.”ujarnya. 

Foto: Reddit

Untuk rekod, NewJeans memulakan debut pada 22 Julai 2022 dengan single Attention. Selain Hanni, kumpulan itu dianggotai empat lagi ahli iaitu Minji, Danielle, Haerin dan Hyein.

Sumber: Allkpop 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kapal latihan tentera yang singgah di Pulau Pinang pada Sabtu lalu sebenarnya dinaiki oleh kumpulan pelajar dari Naval University of China, kata Menteri Pendidikan...

Lokal

Dua buah kapal latihan dari China yang membawa pelajar Naval University of China dikatakan membuat kunjungan silaturahim ke Pelabuhan Pulau Pinang mengikut prosedur rasmi...

Nasional

Pemimpin kanan Bersatu, Mas Ermieyati Samsudin mempersoal kanyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kunjungan 165 kadet Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di...

Lokal

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menempelak pihak yang tidak berpuas hati serta mempertikaikan keputusan Johor menukar cuti dari Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd