Foto: FB Malaysian Humanitarian Movement
“Pusat Belia Antarabangsa (IYC) agensi di bawah KBS, bertindak sebagai rakan pelaksana bersama NGO Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian), yang pernah menjalankan Projek Bekalan Saluran Air Bersih di kawasan tersebut.
“Projek ini merangkumi pelbagai usaha menaik taraf kemudahan di kampung serta pembangunan belia di kawasan pedalaman,” kata KBS dalam satu kenyataan hari ini.
KBS berkata, beberapa kemajuan penting telah dicapai sejak projek ini dimulakan pada Ogos lalu yang merangkumi pelbagai usaha untuk menaiktaraf kemudahan di kampung serta pembangunan belia di kawasan pedalaman.
Foto: FB Malaysian Humanitarian Movement
“Antaranya pemasangan lampu jalan solar, menaik taraf tangki air dan pembinaan insinerator baharu selain beberapa lagi projek yang sedang berjalan dijangka siap pada penghujung Disember,” ujarnya.
Sementara itu, selain dari projek fizikal, pengisian ilmu berupa latihan Pembangunan Belia turut dilaksanakan, bagi membina kemahiran yang memberi manfaat kepada komuniti belia di kampung tersebut.
Foto: FB Malaysian Humanitarian Movement
Seramai 150 peserta belia dari kampung sekitar Telang Usan telah mengambil bahagian dalam setiap siri kursus iaitu Kursus Asas Rekreasi dan Eco Host (16-18 Ogos 2024), Kursus Keselamatan dan Keterjaminan Makanan(5-7 September 2024) dan KursusPembuatanBaranganKraftangandanPenyelenggaraanKereta Diesel (19-21 September 2024) di Kampung Long Latei.