Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Wakil Rakyat Bawa Empat Isteri Bantu Berkempen Pejuang Hak Wanita

Seorang calon wakil rakyat, H. Arlan telah menarik perhatian ramai apabila membawa empat isterinya ketika berkempen bersama masyarakat setempat di Kecamatan Cambai, di Prabumulih, Sumatera Selatan, Selasa lalu.

Menurut laporan Tribun News, calon berusia 39 tahun itu membawa keempat-empat isterinya naik ke atas pentas bagi menyapa ribuan penduduk yang mengikuti kempen tersebut.

Foto: Tribun News

“Ramai yang bercakap-cakap Cak (sapaan Arlan) miliki banyak isteri, iya Cak mempunyai empat isteri itu benar.
“Tetapi Cak bersedia bertanggungjawab dunia dan akhirat, Cak tak simpan rahsia,” katanya ketika memulakan kempen.

Foto: Tribun News

Advertisement. Scroll to continue reading.

Arlan yang mewakili parti Gerindra berkata, apa dilakukannya itu sesuai dengan ajaran agama dan tidak melakukan perkara yang dilarang.

“Jika saya mahu baju, saya boleh minta kepada isteri pertama, jika mahu dompet boleh minta kepada isteri kedua, kasut isteri ketiga dan begitulah selanjutnya,” ujarnya.

Foto: Gumpalan News

Tambahnya lagi, kehadiran keempat-empat isterinya itu akan membantunya dalam memperjuangkan hak-hak wanita jika beliau terpilih menjadi wakil kelak.

Sebelum terjun ke dunia politik, Arlan lebih dikenali sebagai seorang pengusaha getah dengan memiliki ratusan pekerja dan ribuan rakan perniagaan dalam jual beli getah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Tribun News

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bermula Jumaat tahun depan, pemakaian baju kurung dan baju Melayu teluk belanga bersama Kain Benang Johor oleh penjawat awam sebagai baju kerja akan dilaksanakan....

Kolumnis

Kita mesti sentiasa berpesan bahawa integriti bukanlah sekadar nilai tambahan. Sebaliknya tiang seri yang menentukan kestabilan dan kelangsungan sesebuah negara. Apa jua bentuk korupsi,...

Lokal

Setelah lebih lapan tahun, saluran Astro Warna secara rasmi tamat siaran pada tengah malam 3 Disember dan dikatakan bakal beralih ke saluran Astro Prima....

Lokal

Suruhanjaya Tenaga (ST) berjaya lupuskan sejumlah 4,386 barangan rampasan bernilai lebih RM250,000 bagi kes-kes di Semenanjung Malaysia di sebuah pusat pembuangan dan pelupusan logam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd