Tindakan juara kelas lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov memuat naik gambar di hadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC) mengundang perhatian warganet Indonesia.
Gambar itu dikongsi di laman Instagram ketika penampilan sulung Khabib dari Russia ke Malaysia pada 29 September lalu.
Foto: Khabib Nurmagomedov
Kehadiran jaguh seni bela diri campuran (MMA) itu adalah sempena acara Khabib Nurmagomedov LIVE in Malaysia 2024′ yang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).
Beliau tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan kenangan terindah di hadapan menara ikonik itu selain turut menikmati beberapa pengalaman unik di negara ini.
Foto: Khabib Nurmagomedov
Bagaimanapun, perkongsian beberapa gambar itu mengundang persoalan dalam kalangan netizen seberang mengapa Khabib tidak memuat naik gambar sewaktu berada di Indonesia sebelum ini.
Ini kerana sebelum singgah di Malaysia, juara UFC berusia 36 tahun itu terlebih dahulu berkunjung ke Indonesia pada 28 September lalu.
Kenapa tak kongsi gambar di Indonesia?
Ketegangan meningkat apabila netizen Indonesia membanjiri ruangan komen dengan kritikan terhadap Malaysia, malah ada membangkitkan kembali isu tuntutan batik yang pernah tercetus sebelum ini.
Menghadapi provokasi tersebut, netizen Malaysia memilih untuk bersikap matang dengan tidak membalas kritikan negatif, sebaliknya memberi fokus kepada sambutan positif terhadap kunjungan bersejarah Khabib ke Malaysia.
Sumber: Instagram Khabib Nurmagomedov