Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tak Pentingkan Wang, Gadis Kazakhstan Terima Saja Lelaki Malaysia Bergaji RM3000 Sebulan

Tular seorang gadis dari Kazakhstan mendedahkan dirinya terima saja lelaki Malaysia yang bergaji RM3000 sebulan untuk berkahwin dengannya dan memulakan kehidupan berkeluarga.

Menerusi satu hantaran di TikTok, annaspstory telah memuat satu naik video memaparkan gadis bernama Darya sedang ditemu bual oleh seorang lelaki dipercayai dari Malaysia.

Gadis Kazakhstan terima lelaki Malaysia bergaji RM3000

@annaspstory

How Much Do You Need to Earn Per Month to Marry a Kazakhstan Girl?..

♬ original sound – MR PRODUCER SP – MR PRODUCER SP

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Darya, dia mempunyai rakan dari Kazakhstan bekerja di Malaysia dengan gaji RM3,000 dapat hidup dengan baik di negara ini disamping turut menyatakan warga dari negaranya tidak mementingkan wang.

“Saya rasa Rm3,000 sudah cukup. Saya kenal beberapa pelajar dari Kazakhstan yang belajar di Malaysia dan mereka dah tamatkan pengajian tahun lepas. Gaji RM3,000  sebulan cukup sahaja untuk mereka.
“Wang tak penting buat mereka. Mereka hanya mencintai antara satu sama lain,” katanya.

Gadis Kazakhstan Terima Lelaki Bergaji RM3000

Apabila ditanya mengenai dirinya, Darya berkata buat masa sekarang dia sedang mencari jejaka idamannya, kemudian barulah dia tentukan jumlah gaji yang cukup buat dirinya.

“Saya sedang mencari lelaki idaman saya dan selepas itu barulah saya tentukan berapa gaji yang mencukupi buat saya. Tapi RM3,000 cukup untuk kehidupan yang baik,” ujarnya.

Artikel lain: Polis Thailand Cakap Melayu, Beri Peringatan Warga Malaysia Bawa Lesen Memandu Ke Negara Itu

Sebaik mendengar jawapan dari Darya, lelaki yang menemu bual gadis itu berseloroh mahu berkahwin dengannya dan mahu bertemu dengan ibu gadis tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata yang meninggalkan komen adalah kaum lelaki yang menyuarakan kegembiraan dan kesediaan mereka untuk berkahwin dengan Darya.

Hi Darya, gaji saya RM4,000, Jom….

Gadis Kazakhstan Terima Lelaki Bergaji RM3000

Hi Darya!

Gadis Kazakhstan Terima Lelaki Bergaji RM3000

Sikit lagi nak cukup untuk dapatkan Darya

Gadis Kazakhstan Terima Lelaki Bergaji RM3000

Bagaimanapun, terdapat segelintir yang kurang bersetuju dengan kenyataan gadis dari Kazakhstan itu kerana RM3,000 sahaja tidak mencukupi buat rakyat Malaysia.

Bukan senang nak kahwin dengan orang Kazakhstan

Gadis Kazakhstan Terima Lelaki Bergaji RM3000

RM3,000 cukup duduk Kodiang je

Gadis Kazakhstan Terima Lelaki Bergaji RM3000

RM3,000 tu pendapatan rendah dah sekarang

Gadis Kazakhstan Terima Lelaki Bergaji RM3000

RM3,000 lagi?

Gadis Kazakhstan Terima Lelaki Bergaji RM3000

Haih, ramainya lelaki gatal dalam komen…..

Sumber: TikTok annaspstory

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Lokal

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengiktiraf pencapaian cemerlang 70 pemain industri pembinaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd