Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

China Nantikan Lawatan Negara Pertama Yang Di-Pertuan Agong Selepas 10 Tahun

Selepas 10 tahun, Lawatan Negara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke China merupakan detik yang dinanti-nantikan oleh dua negara ini yang bakal menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik.

Memetik laporan Bernama, Duta Besar Malaysia ke China Datuk Norman Muhamad berkata China amat mengalu-alukan lawatan oleh Seri Paduka Baginda yang bermula hari ini hingga 22 September ini.

China nantikan lawatan negara Yang di-Pertuan Agong

China Nantikan Lawatan Negara Yang Di-Pertuan Agong

“Lawatan Negara ini ialah yang pertama semenjak 10 tahu, memang agak lama. Kita amat gembira dengan kunjungan ini. Lawatan ini juga tepat pada masanya ketika kita meraikan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala antara Malaysia dengan China tahun ini.
“Kita rancang agak lewat, selalunya perbincangan untuk Lawatan Negara mengambil masa setahun lebih awal.
“Namun disebabkan hubungan rapat dua negara, apabila kita utarakan cadangan agar Sultan Ibrahim melawat China selepas istiadat pertabalan terus dapat jawapan setuju, cuma kita mencari masa yang agak sesuai,” katanya.

Lawatan Negara pertama oleh Seri Paduka Baginda ke China sejak menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan 2024 adalah atas jemputan Presiden Xi Jinping.

Artikel lain: Khaled Bangga Pharmaniaga Buka Fasiliti Pengilangan Insulin Dan Vaksin Pertama Di Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, keberangkatan Sultan Ibrahim akan diiringi Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zain serta pegawai-pegawai kanan dari Istana Negara dan kementerian serta agensi berkaitan.

Pada lawatan ini, Yang di-Pertuan Agong akan menerima sambutan negara di Great Hall of the People di Beijing, diikuti dengan pertemuan bersama Xi.

China Nantikan Lawatan Negara Yang Di-Pertuan Agong

Selain itu, baginda juga akan menghadiri Majlis Santapan Negara yang akan diraikan oleh Presiden China itu, selain Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima menghadap Perdana Menteri China Li Qiang.

Pada masa yang sama, Sultan Ibrahim juga dijadualkan menghadiri upacara penamaan Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University sebagai satu penghormatan kepada Yang di-Pertuan Agong diikuti sesi ramah mesra bersama rakyat Malaysia di negara berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Norman berkata Lawatan Negara tidak dapat dilakukan sejak 10 tahun lepas antaranya disebabkan oleh wabah COVID-19 dan pertukaran kerajaan, justeru sudah semestinya lawatan kali ini diharapkan akan terus mengekalkan momentum hubungan baik antara Malaysia dengan China.

China Nantikan Lawatan Negara Yang Di-Pertuan Agong

Dalam pada itu, beliau berkata penanda aras hubungan rapat antara kedua-dua negara ialah hubungan perdagangan, iaitu China kekal sebagai rakan perdagangan terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut dengan jumlah perdagangan sebanyak RM450.84 bilion (US$98.90 bilion) yang menyumbang kepada 17.1 peratus perdagangan global negara ini.

Perdagangan terus meningkat pada pertengahan tahun pertama 2024, mencatatkan jumlah perdagangan sebanyak RM234.09 bilion (US$49.53 bilion) berbanding RM214.87 bilion (US$48.21 bilion) pada pertengahan tahun pertama 2023.

Selain itu, Norman berkata Lawatan Negara kali ini akan melihat kembali antaranya pencapaian hubungan diplomatik Malaysia dengan China dan kerjasama dalam isu-isu yang lebih besar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengenai kerjasama pendidikan, Norman berkata Malaysia mengiktiraf China sebagai antara rakan paling penting dalam bidang pendidikan tinggi, dan setakat Jun lepas, sebanyak 47,937 pelajar antarabangsa dari China melanjutkan pengajian di Malaysia merangkumi 21,590 pelajar sepenuh masa di universiti swasta dan 26,347 pelajar sepenuh masa di universiti awam.

Sumber: Bernama

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Politik

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hanya memberikan gred D, iaitu 35.8 peratus sepanjang dua tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan walaupun ramai menyifatkan kerajaan...

Lokal

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengiktiraf pencapaian cemerlang 70 pemain industri pembinaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd