Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

YouTuber Mukbang Sengaja Naikkan Berat Badan, Beri Kejutan Sudah Kurus

YouTuber mukbang, Nikocado Avocado beri kejutan kepada para penontonnya selepas memuat naik video terbaharu menerusi saluran miliknya yang memaparkan dia kini yang sudah kurus.

Memetik laporan NBC News, Nikocado, atau nama sebenarnya Nicholas Perry menjadi salah satu YouTuber mukbang yang akan makan makanan dengan jumlah yang banyak.

YouTuber mukbang, Nikocado beri kejutan sudah kurus

YouTuber Mukbang Beri Kejutan Sudah Kurus

Susulan kerjayanya itu, berat badan Nikocado telah meningkat dengan mendadak sehingga menerima kecaman dan hinaan daripada orang ramai.

Bagaimanapun, tanpa diketahui warga maya, YouTuber berusia 32 tahun itu berjaya menyembunyikan proses penurunan berat badannya dengan memuat naik video yang telah lama dirakam ke saluran YouTube miliknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi satu temubual bersama NBC News, Nikocado berkata dia mengambil masa lebih kurang dua tahun untuk menurunkan berat badannya dari 411 paun (186 kg) kepada 158 paun (71 kg).

YouTuber Mukbang Beri Kejutan Sudah Kurus

“Saya telah memuat naik video yang dirakam lebih awal secara strategik selama dua tahun di YouTube dan TikTok. Saya juga edit video tersebut supaya kelihatan seperti rakaman terkini.
“Ini membolehkan saya lebih fokus untuk menurunkan berat badan saya secara senyap. Saya juga cukur rambut supaya orang tak kenal saya dit empat awam.
“Beberapa rakan YouTuber juga ada membantu saya merahsiakan perkara ini,” katanya.

Tambahnya lagi, ketika dia ditertawakan oleh orang ramai kerana makan secara berlebihan, perkara itu sebenarnya dibawah kawalan Nikocado sendiri.

YouTuber Mukbang Beri Kejutan Sudah Kurus

“Hakikatnya, orang ramai terlalu terikat dengan personaliti internet dan obses dengan kandungan mereka. Itulah tahap sebenar ‘berlebihan’ yang ingin saya sampaikan dan itulah perbandingan yang saya cuba buat,” ujarnya.

Sebelum ini, Nikocado telah memuat naik video yang mengejutkan orang ramai yang mana ia memaparkan dirinya yang kelihatan lebih kurus berbanding pada video sebelumnya yang dimuat naik tujuh bulan lepas.

Video yang berjudul ‘Two Step Ahead’ memaparkan Nikocado yang sedang memakai topeng panda sambil berkata dia kehilangan 250 paun (113 kg) dari berat badannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hari ini, saya bangun dari mimpi yang sangat panjang dan saya juga bangun setelah kehilangan 113 kg dari badan saya. Baru semalam, orang masih memanggil saya gemuk, sakit, membosankan dan tidak relevan,” katanya.

YouTuber Mukbang Beri Kejutan Sudah Kurus

Menurut Nikocado, dia memilih untuk memakai topeng panda sebagai lambang bagaimana dunia atas talian bukanlah hitam putih seperti warna haiwan itu.

Artikel lain: Video Polis Di UK Guna Proton Waja Raih Perhatian – “Susah Nak Cari Ni!”

“Tujuan saya adalah untuk mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil serius terhadap semua yang dilihat di internet,” jelasnya.

Katanya lagi, dia pernah memberikan petunjuk kepada penontonnya bahawa dia mahu menurunkan berat badan menerusi video berjudul ‘Two Step Ahed. Original, 2022’ yang dimuat naik dua tahun sebelum ini.

YouTuber Mukbang Beri Kejutan Sudah Kurus

Bagaimanapun, para peminatnya tidak menyedari akan hal itu dan dia meneruskan proses penurunan berat badannya secara rahsia selama dua tahun itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bersama-sama dengan perubahan ini, Nikocado juga telah membuat akaun Instagram dan X baharu yang mana dia telah memuat naik beberapa foto selepas transformasinya.

Tonton video penuh di sini:

Sumber: NBC News, YouTube & Instagram Nikocado Avocado

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Bekas pelumba negara yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias disahkan maut dengan 12 kesan tetakan. Memetik laporan...

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd