Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Pestabola Merdeka: Malaysia Ke Perlawanan Akhir Menentang Lubnan

Malaysia melangkah ke perlawanan akhir menentang Lubnan bagi Pestabola Merdeka 2024 pada Ahad ini, selepas menewaskan Filipina 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Menurut laporan Sinar Harian, meskipun berdepan isu boikot, para pemain masih mengharapkan sokongan padu peminat bola sepak bagi memenuhi stadium perlawanan pada hujung minggu ini.

Pestabola Merdeka!

Pestabola Merdeka

Kemenangan tersebut sudah tentu melegakan pengendali skuad Harimau Malaya, Pau Marti Vicente selepas menggantikan Kim Pan-gon yang kembali ke Korea Selatan bagi membimbing Ulsan HD.

Menerusi aksi di hadapan kira-kira 3,000 penyokong, Malaysia dikejutkan jaringan pembuka tirai pasukan lawan pada minit ke-27.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Pemain Bola Sepak Acu Objek Tajam, Individu Sama Baling Molotov Di Pusat Hiburan

Pestabola Merdeka

Bagaimanapun, menuju dua minit ke bilik persalinan, Malaysia berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain tengah Syamer Kutty Abba hasil sepakan dari luar kotak penalti.

Pada separuh masa kedua, Pau Marti membuat pertukaran dengan membawa masuk Safawi Rasid bagi menggantikan Akhyar Rashid.

Pestabola Merdeka

Kemasukan kapten Terengganu FC itu ternyata tidak sia-sia apabila meledak gol kedua negara menerusi sepakan penalti pada minit ke-73 selepas Arif Aiman Hanapi dijatuhkan dalam kotak penalti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Ahmad Syahir Kassim)

Avatar
Ditulis oleh Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) nafi dakwaan syarikat itu telah eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja. Menerusi satu kenyataan di Facebook, GISBH menegaskan pihaknya...

Lokal

Dua lelaki penarik kereta ditemui meninggal dunia dalam sebuah kenderaan dekat Jalan Persiaran 9, Taman Ampang pada Selasa. Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis...

Sukan

Bekas pelumba negara yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias disahkan maut dengan 12 kesan tetakan. Memetik laporan...

Nasional

Bermula 1 Oktober ini, tiada lagi diskaun bagi barangan atau produk makanan dan minuman yang bergula dalam Program Jualan Rahmah MADANI. Timbalan Menteri Perdagangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd