Selebriti popular Indonesia, Atta Halilintar bengang apabila terdapat khabar angin mengatakan dia sudah berkahwin dengan Youtuber terkenal, Ria Ricis yang juga merupakan bekas isteri Teuku Ryan.
Menurut laporan detikcom, pemilik nama Muhammad Attamimi Halilintar itu menafikan dakwaan tersebut yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.
Melalui Instagram Story, Atta memuat naik tangkap layar video Youtube yang memaparkan tajuk yang seolah-olah mengundang fitnah terhadap dia dan isterinya, Aurel Hermansyah.
“Fitnah apa lagi ini? Dan seramnya ramai yang mempercayai, semakin melampau akaun-akaun ini,” tulisnya baru-baru ini.
Suami kepada Aurel Hermansyah itu bukan sahaja berasa kesal, dia juga merancang untuk melaporkan akaun-akaun yang menyebarkan berita palsu itu kepada pihak berkuasa.
“Sudah proses ya,” tegasnya.
Walaubagaimanapun, masih belum ada jawapan daripada pihak Ria Ricis mengenai isu ini setelah pihak detikcom cuba untuk menghubunginya.
Sebelum itu, Atta juga turut dikatakan diboikot stesen televisyen Indonesia, namun dia menjelaskan tuduhan tersebut dengan membuat perkongsian di media sosial miliknya yang menunjukkan perkara tersebut adalah tidak benar.
Dia berasa tindakannya untuk melaporkan akaun-akaun yang menyebarkan fitnah mengenainya kerana isu tersebut tidak benar sama sekali.
Sumber: detikpop (Prih Febriani)