Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Pertahan Emas Di Paralimpik 2024, Cheah Liek Hou Belum Mahu Gantung Raket

Buat masa sekarang, jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou belum mahu gantung raket sebaliknya beliau tekad untuk terus berjuang demi negara selagi kudratnya terdaya.

Memetik laporan Bernama, Liek Hou akui pencapaiannya dalam mempertahankan emas perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) bukanlah satu pengakhiran buat kariernya.

Hal ini kerana, jaguh badminton berusia 36 tahun itu masih dahagakan kejayaan demi mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Liek Hou belum mahu gantung raket

Liek Hou Belum Mahu Gantung Raket

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kata Liek Hou, walaupun tidak boleh meramal peluang beraksi pada Sukan Paralimpik 2028 di Los Angeles (LA28), namun beliau mahu memberi tumpuan terlebih dahulu bersaing pada Sukan Para Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun.

“Masih ada empat tahun lagi sebelum ke Los Angeles 2028 dan saya pun tidak tahu apa akan terjadi kepada saya ketika itu. Yang penting saya akan fokus tahun demi tahun menuju ke Sukan Para Asia 2026 di Jepun.
“Kejayaan menang emas di sini menandakan kondisi saya masih boleh tahan lagi, jadi saya mahu cipta lebih banyak rekod dan sejarah buat sukan badminton para selagi diri masih kuat,” katanya.

Liek Hou Belum Mahu Gantung Raket

Foto: Majoriti

Mengulas mengenai perlawanan akhir menentang wakil Indonesia Suryo Nugroho, Liek Hou berkata lawannya itu kadang kala terperangkap dengan tiupan angin dalam venue.

Susulan itu, beliau memanfaatkan kesempatan tersebut lebih-lebih lagi menukar corak permainan kepada mod menyerang di penghujung set kedua untuk memastikan emas kekal berada di dalam genggamannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Paralimpik Paris 2024: Eddy Bernard Raih Gangsa Pertama Buat Malaysia

Dalam pada itu, Liek Hou menjelaskan dia memeluk Nova Armada sejurus tamat perlawanan kerana jurulatih dari Indonesia itu banyak berada di sisinya tidak kira ketika senang atau susah.

“Jurulatih Nova faham karakter saya, dia tahu betapa saya susah dan bergelut dari dahulu sampai sekarang. Saya tidak mahu mengecewakan dia sebab itu kejayaan ini mahu dedikasikan kepadanya juga,” ujarnya.

Liek Hou Belum Mahu Gantung Raket

Foto: Harian Metro

Sementara itu, Liek Hou berkata beliau mahu berehat seketika selepas melakukan pengorbanan besar meninggalkan keluarga khususnya isteri tercinta, Dewi Febriana demi mengejar impian mengekalkan emas di Paris 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru itu, beliau merancang untuk membawa isterinya balik ke kampung halaman di Medan, Indonesia selain melancong ke luar negara bagi meraikan kejayaan di Paris 2024 dan menghargai sokongan padu insan tercintanya selama ini.

Pada masa yang sama, beliau turut berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan termasuk Menterinya, Hannah Yeoh, Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) serta Persatuan Badminton Malaysia (BAM) atas bantuan yang telah diberikan sebelum ini.

Liek Hou Belum Mahu Gantung Raket

Foto: The Sun

Sebelum ini, perlawanan akhir Liek Hou di Porte de La Chapelle Arena menyaksikan jaguh negara itu menepati ramalan apabila menghadiahkan pingat emas pertama negara di Sukan Paralimpik Paris 2024 dengan mengatasi Suryo 21-13,21-15 dalam masa 42 minit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama (Amiril Muttaqien Meketar)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd