Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Paralimpik Paris 2024: Eddy Bernard Raih Gangsa Pertama Buat Malaysia

Atlet olahraga negara, Eddy Bernard meraih pingat gangsa pertama untuk Malaysia di temasya Sukan Paralimpik Paris dalam acara 100m T44 (kecacatan fizikal) di Stade de France, Paris awal pagi tadi.

Eddy memulakan lariannya dengan cukup baik, namun kehilangan sedikit momentum di pertengahan perlumbaan seterusnya berjaya menamatkan saingan dengan catatan masa 11.8 saat (s).

Lebih membanggakan lagi, pada penampilan pertama atlet berusia 23 tahun tersebut turut memecahkan rekod Asia iaitu 11.75s  dicatat oleh atlet Sri Lanka, Indika Gamage yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun Mei lalu.

Melalui catatan masa larian terbaharunya, Eddy telah mengatasi catatan peribadi terbaiknya (PB) iaitu 11.77s yang meraih pingat perak pada kejohanan olahraga di Kobe itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun demikian, pingat emas olahraga Sukan Paralimpik berjaya diraih oleh atlet Mpumello Mhlongo dari Afrikan Selatan dengan catatan masa 11.12s manakala pingat perak dimiliki oleh atlet dari Cuba, Yamel Luis Vives Suares dengan masa 11.20s.

Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos lalu akan berakhir 8 September ini dan Malaysia menghantar 30 wakil atlet para negara yang bertanding dalam lapan jenis sukan.

Untuk makluman, kontinjen tahun ini merupakan paling ramai dihantar Malaysia selepas mula menyertai temasya tersebut sejak 1972.

Sumber: New Straits Times (Aftar Singh)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Ditulis oleh Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) nafi dakwaan syarikat itu telah eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja. Menerusi satu kenyataan di Facebook, GISBH menegaskan pihaknya...

Lokal

Dua lelaki penarik kereta ditemui meninggal dunia dalam sebuah kenderaan dekat Jalan Persiaran 9, Taman Ampang pada Selasa. Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis...

Sukan

Bekas pelumba negara yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias disahkan maut dengan 12 kesan tetakan. Memetik laporan...

Nasional

Bermula 1 Oktober ini, tiada lagi diskaun bagi barangan atau produk makanan dan minuman yang bergula dalam Program Jualan Rahmah MADANI. Timbalan Menteri Perdagangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd