Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pemenang Emas Pakistan Bakal Terima Kereta Baharu, Minyak Petrol Percuma Seumur Hidup

Pemenang pingat emas dari Pakistan Arshad Nadeem bakal menerima sebuah kereta baharu dan minyak petrol percuma seumur hidup susulan berjaya memenangi tempat pertama bagi acara merejam lembing.

Menerusi satu hantaran di Facebook, syarikat minyak Pakistan iaitu Gas & Oil Pakistan Ltd mengumumkan pemberian ganjaran itu disamping mengucapkan tahniah kepada atlet berkenaan.

Pemenang emas Pakistan terima pelbagai ganjaran

Pemenang Emas Pakistan

“Raikan Emas! Bagi mengiktiraf pencapaiannya yang luar biasa, GO dengan bangganya mengumumkan kereta baharu dan minyak petrol percuma seumur hidup untuk wira kita, Arshad Nadeem keran telah membanggakan negara.
“Tahniah Arshad, atas pencapaian bersejarah anda!” katanya.

Sementara itu, Arshad bukan sahaja memenangi pingat emas dalam acara merejam lembing, namun dia juga berjaya memecah rekod Olimpik dengan rejaman sejauh 92.97 meter.

Pemenang Emas Pakistan

Kejayaan ini sekaligus menamatkan kemarau pingat emas Pakistan sejak Olimpik Los Angeles 1984, yang disumbangkan oleh pasukan hoki negara itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain menerima dua ganjaran daripada Gas & Oil Pakistan Ltd, Arshad juga bakal menerima beberapa hadiah daripada pelbagai pihak dan jumlah keseluruhan ganjaran yang diterimanya adalah 153 juta rupee Pakistan (RM244 juta).

Antara syarikat yang bakal memberikan ganjaran kepada Arshad adalah Greenergy Solutions, yang bakal memasang panel solar di rumahnya sekaligus atlet itu tidak perlu membayar bil elektrik seumur hidup.

Pemenang Emas Pakistan

Dalam pada itu, Arshad juga bakal menerima dua kereta jenis Maruti Suzuki Alto daripada dua individu berbeza iaitu, usahawan Pakistan-Amerika, Ali Sheikhani dan pengasas JDC Foundation, Zafar Abbas.

Sementara itu, Lembaga Hasil Persekutuan Pakistan juga mengesahkan mereka bakal memberikan pelepasan cukai terhadap hadiah yang dimenangi Arshad dalam temasya Olimpik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemenang Emas Pakistan

Arshad juga bakal menerima ganjaran berbentuk wang daripada Gabenor Sindh dan Gabenor Punjab, yang mana masing-masing memberikan 1 juta rupee Pakistan (RM15 ribu) dan 2 juta rupee Pakistan (RM31 ribu).

Bagaimanapun, hadiah yang paling berharga buat Arshad adalah pemberian daripada bapa mentuanya, iaitu seekor kerbau yang menjadi simbol kehormatan di kampung mereka.

Sumber: Facebook Gas & Oil Pakistan Ltd, mensxp, Timesnownews

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd