Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Olimpik Paris: Gagal Pertahan Gelaran, Bintang Judo Jepun Menangis Selepas Tewas

Bintang judo Jepun, Abe Uta menangis teresak-esak selepas mengalami kekalahan pertama dalam acara -52 kilogram (kg) wanita pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 pada Ahad.

Menurut laporan Olimpik Paris, Uta tersingkir dalam pertarungan keduanya di sukan tersebut dengan kekalahan kepada pemain nombor satu dunia Diyora Keldiyorova dari Uzbekistan.

Foto: X Paris 2024

“Pemain Uzbekistan itu melakukan lontaran dengan masa berbaki 56 saat untuk memenangi pertandingan oleh ippon, yang membawa kekalahan teruk buat bintang Jepun tersebut,” katanya.

Uta terus mencangkung sambil menangis selama beberapa minit selepas buzzer terakhir dibunyikan sebelum dibawa turun oleh Ketua jurulatih Jepun, Masuchi Katsuyuki.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: olympics.com

Sementara itu, Masuchi dilaporkan berkata, Uta berasa sangat sedih dan kecewa dengan kekalahan tersebut, selain perlu masa yang lama untuk menenangkan perasaan atlet tersebut erana harapannya besar untuk meraikan satu lagi kemenangan dalam acara berganda Olimpik bersama abangnya di Paris.

“Dia menangis teresak-esak selepas melangkah keluar dari tatami, dan dia banyak menangis di dalam bilik atlet. Dia sangat sedih, jadi saya tidak boleh berkata apa-apa kepadanya. Apa yang boleh saya lakukan ialah menepuk perlahan belakangnya untuk menghiburkannya.

Foto: Astro Awani

“Sukan Olimpik adalah sesuatu yang sangat difokuskan oleh Uta sejak tahun lepas. Perlawanan ini membuatkan saya merasa kegusaran sekali lagi. Semua orang menjangkakan Uta akan menang, tetapi perlawanan ini mengajar kami betapa sukarnya untuk mempertahankan sesuatu. gelaran dan mencapai kemenangan berturut-turut,” ujarnya.

Untuk makluman, Uta tidak pernah kalah dalam acara judo -52kg wanita semenjak memenangi kejohanan Grand Slam Osaka pada November 2019.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Laman Web Olimpik Paris

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd