Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Anak Syarikat LTAT, BHPetrol Meterai MoU Bersama UEFSB Majukan Tenaga Boleh Diperbaharui

Anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama UiTM Energy & Facilities Sdn. Bhd. (UEFSB) dalam usaha memajukan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.

Matlamat kerjasama tersebut adalah pemasangan dan pemeliharaan sistem photovoltaic (PV) di atas bumbung stesen-stesen minyak terpilih yang dimiliki dan dikendalikan oleh BHPetrol.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mana-mana syarikat perlu melihat bagaimana cara bagi mengoptimumkan kos dalam menjayakan sesebuah organisasi.

“UiTM Holdings Sdn. Bhd. (UHSB) memang sudah terlibat dalam soal tenaga diperbaharui ini sejak sekian lama dengan mempunyai dua ladang solar di Gambang, Pahang dan Pasir Gudang, Johor.
“Jadi melalui kerjasama ini, kita berharap ia dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak,” katanya ketika ditemui media selepas menyaksikan majlis memeterai MoU itu di ibu negara, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol Ir. Azizul Azily Ahmad berkata, sebagai anak syarikat LTAT, BHPetrol merasakan tanggungjawab untuk sama mendukung misi dalam bidang peralihan tenaga dan pembangunan mampan bagi industri peruncitan komersial.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Oleh itu, kami mengambil inisiatif sebagai langkah permulaan bagi perjalanan transformatif dari segi tenaga boleh diperbaharui dengan penggunaan sistem solar fotovoltaik di 35 stesen BHPetrol yang terpilih di Semenanjung Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

MoU berkenaan ditandatangani antara beliau dan Pemangku Ketua Pegawai Operasi UHSB, Mohd. Nasrul Khairi sekali gus membawa hasrat Kerajaan MADANI bagi mencapai matlamat tenaga rendah karbon, mengurangkan jejak karbon selain mempromosikan tenaga bersih.

Dalam pada itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UHSB, Dr. Heazar Ismail berkata, kerjasama itu bukti nyata bahawa UEFSB dan BHPetrol adalah ruang kolaborasi yang unik antara syarikat tenaga boleh diperbaharui serta syarikat tenaga konvensional.

“Ia juga sebagai kesinambungan dasar yang dijuarai Datuk Seri Mohamed Khaled sebagai mantan menteri di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dahulu, dimana beliau antara pelaksana dasar.
“Beliau sentiasa mengetengahkan isu kelestarian tenaga boleh diperbaharui agar ia diguna pakai dan dijadikan sebahagian inisiatif kepelbagaian tenaga bagi pemegang taruh di KPT, terutamanya di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT),” ujarnya pada majlis sama.

Untuk makluman, fasa awal projek ini akan melibatkan pemasangan panel solar di 35 stesen minyak BHPetrol yang terpilih.

Setiap pemasangan dijangka mampu menjana 29 megawatt- hours (MWh) tenaga bersih setiap tahun, seterusnya mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2) sebanyak 17.4 tan setiap tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemasangan solar ini juga diharapkan dapat memberi penjimatan kos tenaga yang ketara serta meningkatkan kecekapan operasi stesen minyak.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Politik

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hanya memberikan gred D, iaitu 35.8 peratus sepanjang dua tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan walaupun ramai menyifatkan kerajaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd