Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Serendah RM10, TNG eWallet Kini Tawar Pelaburan Emas Menerusi e-Mas

TNG eWallet

Platform pembayaran e-dompet dan dalam talian, TNG Digital (TNGD) bersama CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) mengumumkan satu lagi skop pelaburan, e-Mas yang merupakan pelaburan emas baharu buat pengguna menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet).

Memetik satu laporan Amanz, TNGD memaklumkan bahawa pengguna kini boleh melakukan pelaburan emas menerusi TNG eWallet mengikut aturan jual-beli dengan harga serendah RM10 serta boleh memantau pergerakan harga emas semasa secara terus melalui aplikasi berkenaan.

Foto: Lowyat.net

“TNG eWallet turut membolehkan pengguna laksana pembelian emas secara harga Ringgit Malaysia mahupun secara berat Grams.
“Pada tindakan itu, aplikasi akan laksana pengiraan buat pengguna sebelum pengesahan pelaburan dilakukan pengguna,” katanya.

TNGD turut menyarankan pengguna supaya melakukan pembelian atau penjualan emas tersebut semasa dalam waktu operasi, iaitu dari pukul 1.30 pagi hingga 11.30 malam, dan sekiranya dilakukan diluar waktu operasi, pihak TNGD berhak membatalkan, membalikkan atau memansuhkan sebarang pesanan pembelian dan pejualan dari pengguna.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Prinsipal pelaburan emas ini adalah tidak dilindungi PIDM. Ini bermakna akses pelaburan emas ini adalah tertakluk kepada membeli dan menjual emas berdasarkan harga emas lazim setiap hari sahaja.

Foto: Lowyat.net

“Maka sebarang isu berlaku, TNGD tidak menjamin sebarang pulangan pendapatan atas pelaburan emas dan pengguna turut berisiko untuk tidak perolehi pulangan langsung,” jelasnya.

Sementara itu, TNGD juga menegaskan bahawa penawaran pelaburan e-Mas itu tidak patuh syariah dan pihaknya bersama CIMB masih dalam semakan yang akan diberitahu kelak.

Artikel lain: Kerajaan Salurkan Bantuan E-Wallet RM100 Disember Ini

TNGD juga turut menyasarkan sebanyak 500,000 penyertaan pengguna dalam segmen pelaburan e-Mas pada tahun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Amanz (Liyana)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd