Pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Muhammad Attamimi Halilintar atau lebih dikenali sebagai Atta Halilintar menumbangkan 22 ekor lembu dan kambing di Jakarta, Indonesia sempena dengan ibadah korban yang disambut pada hari Raya Aidil Adha, 17 Jun lalu.
Foto: IG @attahalilintar
Menerusi satu hantaran di Instagram, lelaki berusia 30 tahun itu membuat naik satu hantaran di akaun Instagram miliknya @attahalilintar yang berkongsikan gambar dirinya sedang memegang seekor lembu dan beberapa ekor lembu lainnya berada dalam kandang.
“Alhamdulillah, tahun ini saya dan isteri boleh korbankan 22 ekor binatang korban (seperti tarikh lahir anak),” katanya.
Atta juga berkata melalui hantaran itu bahawa beliau mahu berkongsikan seekor hingga tiga ekor haiwan korban tersebut kepada followernya di Instagram yang pemenangnya akan diumumkan kemudian.
Foto: IG @attahalilintar
Beliau juga berkongsikan beberapa gambar yang memaparkan beliau bersama-sama teamnya sedang melapah daging korban dan mengagihkannya kepada penduduk yang beratur untuk menerima agihan daging tersebut.
Agihan daging korban tersebut diagihkan kepada penduduk di sekitar bangunan pejabat mereka yang terletak di Ciputat Timur, Tangerang Selatan.
Foto: IG @attahalilintar
Sementara itu, rata-rata netizen menyambut baik hantaran yang dibuat Atta Halilintar tersebut selain memberikan komen positif di ruangan komen Youtuber berkenaan.
Semoga rezekinya bertambah..
MasyaAllah!
Lancar ibadah Hajinya..
Untuk makluman, Atta Halilintar dan isterinya, Aurelie Hermansyah juga sebelum itu ada berkongsikan di media sosial bahawa mereka juga menunaikan ibadah Haji pada tahun ini sekali gus mendoakan kepada orang Muslim yang lain supaya berpeluang menunaikan ibadah tersebut di Tanah Suci, Mekkah.
Sumber: IG @attahalilintar