Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tertukar Kedudukan Sabah Sarawak Dalam Peta, Proton Tampil Mohon Maaf

Syarikat pengeluar automotif tempatan, Proton Holdings Bhd (Proton) tampil membuat permohonan maaf berhubung kesilapan  melabelkan kedudukan Sabah dan Sarawak di dalam peta ketika pembentangan slaid di majlis pelancaran kenderaan elektrik (EV) e.Mas, semalam.

Menerusi satu kenyataan, Proton memaklumkan pihaknya komited untuk menghormati dan meraikan setiap negeri secara sama rata sekali gus menyesali kesilapan tersebut yang dianggap boleh mencetuskan perasaan sensitif dalam kalangan rakyat Malaysia.

Foto: FB Proton Cars

“Proton ingin memberi kenyataan tentang kesilapan melabelkan negeri Sabah dan Sarawak.
“Kami amat menyesali kesilapan yang mungkin telah menimbulkan perasaan sensitif di kalangan rakyat Malaysia. Kami menjujung tinggi perpaduan dan kepelbagaian Malaysia dan komited untuk menghormati serta meraikan semua negeri secara sama rata,” katanya hari ini.

Selain bersedia untuk menerima sebarang maklum balas daripada orang ramai, Proton juga akan lebih berwaspada dalam setiap usaha pada masa akan datang.

Foto: Autobuzz

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami memohon maaf atas sebarang salah faham yang berlaku dan menghargai sebarang maklum balas daripada orang ramai.
“Kami akan lebih berhati-hati dalam usaha masa depan kami. Terima kasih atas perhatian dan sokongan anda yang berterusan,” ujarnya.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila terdapat sebuah gambar yang memperlihatkan kesilapan kedudukan Sabah dan Sarawak di dalam peta semasa pembentangan pada majlis berkenaan.

Foto: Media Sosial

Sumber: Facebook Proton Cars

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Peguam kepada Abang Bas, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar menjelaskan bahawa lelaki tersebut tidak memahami perkataan ‘crush’ yang bermaksud mempunyai perasaan terhadap seseorang. Menerusi tangkap...

Politik

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas lanjut mengenai tindakan PAS yang didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd