Pasangan selebriti, Anang Hermansyah dan Ashanty menerima sorakan negatif daripada penyokong kerana menyanyikan lagu Rindu Ini semasa meraikan kejayaan skuad bola sepak Indonesia yang berjaya menewaskan Filipina dalam kelayakan Piala Dunia 2026, semalam.
Menerusi perkongsian di aplikasi X, pemilik akaun @kegblgnunfaedh telah memuat naik sebuah video memaparkan suasana di Stadium Utama Gelora Bung Karno yang dipenuhi dengan para penyokong pasukan Garuda.
Foto: X @kegblgnunfaedh
Dapat dilihat dalam video tersebut, para penyokong sedang menyanyikan lagu patriotik negara tersebut dengan kuat sehingga menenggelamkan suara Anang dan pasangannya yang melakukan persembahan di tepi padang.
Difahamkan, semasa Anang, 55, dan Ashanty, 40, menyanyikan lagu tersebut, pasukan Garuda yang berada dalam bulatan sedang bersedia untuk menyanyikan lagu ‘Tanah Airku’ dan ‘Indonesia Pusaka’ di atas padang dikatakan turut terpinga-pinga dengan persembahan penyanyi tersebut.
Foto: Tribunnews
Namun, kejadian itu telah menyebabkan muzik terpkasa dihentikan dan pasangan terbabit yang akur dengan kehendak penyokong dipercayai keluar dari padang sambil di ‘boo’ kerana beranggapan lagu tersebut tidak sesuai dengan situasi.
Sekadar info, Anang dan Ashanty mendirikan rumah tangga 12 Mei 2012 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arsy Hermansyah dan Arsya Hermansyah.
Foto: TikTok @saidmasruri
Sumber: X @kegblgnunfaedh