Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Juara Malaysia Masters, Soon Huat-Shevon Bawa Pulang RM156,576 Sebagai Hadiah Perkahwinan

Dua beregu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai yang juga merupakan pasangan suami isteri berjaya muncul sebagai juara Malaysia Masters 2024 dalam siri Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500 semalam.

Menurut satu lapaoran Sukanz, pasangan tersebut dilaporkan berjaya melakar kemenangan ke atas beregu No.1 Indonesia, iaitu Rinov Rivaldy dan Pitha Mentari pada pusingan akhir perlawanan Kejohanan Badminton Masters Malaysia Axiata Arena, Bukit Jalil.

Foto: Bernama

“Kejuaraan itu menjadi milik pasangan yang melangsungkan perkahwinannya pada 4 Mei lalu,” katanya.

Perlawanan tersebut juga dilaporkan mempamerkan corak permainan yang berkeyakinan tinggi apabila Soon Huat-Shevon menyudahkan pelawanan secara “straight set” menerusi skor 21-18 dan 21-19 dalam masa 48 minit sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Keputusan itu turut menjadikan Soon Huat-Shevon melebarkan rekod pertemuannya ke atas Rinov-Pitha dengan enam kemenangan daripada tujuh pertembungan secara keseluruhan,” ujarnya.

Foto: Sukanz

Sementara itu, Soon Huat-Shevon berhasil membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak AS$33,180 atau bersamaan sekitar RM156,576 selepas meraih kejuaraan tersebut sekali gus memungut 9,200 mata untuk ditambah dalam pengiraan Ranking Dunia.

“Sebagai rekod, kejuaraan Terbuka Singapura 2018 menjadi kejuaraan terakhir yang dirangkul Soon Huat-Shevon daripada siri Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500
“Kejuaraan ini turut diperoleh dengan menumpaskan beregu Indonesia iaitu Tontowi Ahmad dan Liliyana Nasir,” tambahnya lagi.

Foto: Bernama

Untuk makluman, kemenangan ini merupakan kejuaraan kedua yang dirangkul Soon Huat-Shevon selepas menumpaskan beregu senegara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei dan muncul juara Terbuka Swiss 2024 pada Mac.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sukanz (Hafizuddin Omar)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd