Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anjur Parti Liar ‘Aloha Party’ di Terengganu, Pemilik Resort Dikompaun RM25,000

Pemilik Summer Bay Resort di Pulau Lang Tengah di Kuala Nerus yang menganjurkan parti liar ‘Aloha Party’ dikenakan kompaun sebanyak RM25,000 atas kesalahan melanggar peraturan di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002.

Perkara ini telah disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris.

Memetik laporan Bernama, beliau menjelaskan pemilik resort juga diarah tidak lagi menganjurkan program berkenaan bagi tahun-tahun akan datang meskipun ia didakwa diadakan secara tertutup khas untuk pengunjung resort.

Foto: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita telah panggil pemilik resort dan pengurusan untuk beri penjelasan, dan daripada penjelasan itu kita dapati banyak perkara atau Prosedur Operasi Standard (SOP) dilanggar.
“Antaranya program itu diadakan secara ulangan setiap tahun tanpa pengetahuan pemegang taruh seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), polis dan sebagainya,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan pemilik dan pengurusan Summer Bay Resort di Wisma Darul Iman, hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu berkata susulan kejadian itu, kerajaan negeri akan meningkatkan pemantauan di semua resort dan pusat percutian di negeri ini bagi mencegah kejadian seumpama itu daripada berulang pada masa akan datang.

Foto: Utusan

Malah, pihaknya juga akan mengkaji semula enakmen hiburan negeri untuk menaikkan kadar kompaun bagi menimbulkan kegerunan serta pengajaran terhadap pemain industri pelancongan yang cuba melanggar peraturan.

“Saya nasihatkan pengusaha dan agensi pelancongan jangan ambil kesempatan untuk lakukan kecelakaan maksiat di negeri Terengganu. Kita ada SOP dan akan ambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang terlibat dengan perkara yang melanggar tatacara dan peraturan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Summer Bay Resort, Datuk Chong Fah Ming telak melakukan tindakan memohon maaf kepada kerajaan negeri dan rakyat Terenggganu atas kekecohan yang berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ming menjelaskan pihaknya akan lebih berhati-hati dalam menganjurkan sesuatu program pada masa depan bagi mengelak daripada menyentuh sensitiviti umat Islam.

Sumber: Bernama

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Politik

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hanya memberikan gred D, iaitu 35.8 peratus sepanjang dua tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan walaupun ramai menyifatkan kerajaan...

Sosial

Persekutuan Esukan Malaysia (MESF) mengecam tindakan atlet Mobile Legend Bang Bang (MLBB) Amerika Syarikat (AS), Michael Cosgun, terhadap keterlanjurannya menghina bendera Malaysia sekali gus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd