Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Kongsi ilmu industri umrah & haji, Andalusia anjur program Bangkit Usahawan Umrah

Syarikat pengendali umrah dan haji, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd telah menganjurkan program Bangkit Usahawan Umrah sebagai perkongsian ilmu pengetahuan berkenaan industri haji serta umrah.

Memetik laporan Kosmo! Online, Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd, Ida Riswana Idris berkata, suntikan semangat diperlukan kepada syarikat yang terlibat selepas kesan akibat pandemik COVID-19.

“Bukan sedikit syarikat umrah yang tidak berjaya meneruskan semula perniagaan selepas Covid-19 kerana kekangan modal, tetapi juga disebabkan penangan digital.
“Ia seterusnya melahirkan ramai pesaing sah dan tidak sah selain pemain DIY yang menjadikan persaingan industri ini semakin sengit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian program tersebut di Ibu Pejabat Andalusia, Kuala Lumpur pada Selasa.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni & Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, penganjuran program tersebut dapat meningkatkan lagi usaha kementerian untuk menjadikan Malaysia sebagai hub umrah di rantau ASEAN dan antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Antara langkah persediaan strategik yang diperlukan pastinya melibatkan penyediakan tenaga kerja yang cekap dan berkebolehan untuk memasarkan produk-produk transit atau ziarah Malaysia di pasaran antarabangsa,” katanya ketika merasmikan penutupan program berkenaan.

Foto: Kosmo! Online

Khairul Firdaus berkata, setiap agensi di peringkat mikro digalakkan untuk memantapkan prestasi masing-masing dari segi kecekapan dan keberkesanan pengurusan pentadbiran, operasi, kewangan, pembangunan perniagaan, termasuklah kecekapan dan kepantasan memasar dan mengedar produk masing masing.

“Kita haruslah sentiasa berusaha sedaya upaya dalam memastikan prestasi musim umrah pada tahun 1446H akan bertambah baik secara keseluruhannya,” ujarnya.

Beliau juga mengingatkan kepada agensi industri haji dan umrah bahawa persaingan memasarkan dan menjual pakej umrah di pasaran domestik juga memerlukan pengetahuan yang mendalam bagi memudahkan pengguna membuat pertimbangan dan memilih pakej yang ditawarkan.

“Pengetahuan dan teknik untuk memasar dan menjual produk-produk umrah dan haji tidak terhad kepada pasaran antarabangsa sahaja,” jelasnya.

Sementara itu, Khairul Firdaus memaklumkan bahawa kerjasama bersama Andalusia Travel & Tours, Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Richworks dan Momentum Digital sebagai satu usaha untuk menyumbang ke arah pemerkasaaan agensi industri haji dan umrah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Amatlah penting untuk para agen mengikuti forum-forum pembelajaran berkaitan ini untuk meningkatkan lagi tahap pengetahuan dan kecekapan tenaga kerja industri umrah dan haji di negara kita.
“Saya berharap semoga segala ilmu pengetahuan yang anda peroleh sepanjang berada disini membawa pelbagai manfaat dan mampu dipraktikkan oleh agensi-agensi anda sebaik sahaja anda pulang ke negara masing-masing,” tambahnya lagi.

Untuk makluman, program tersebut dihadiri kira-kira 300 wakil peserta antaranya dari negara jiran seperti Indonesia, Brunei dan Selatan Thailand.

Turut ditampilkan dua penceramah iaitu Pengasas dan Pengerusi Richworks International Sdn. Bhd., Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif Momentum Digital Sdn. Bhd., Najib Assadok.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Politik

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hanya memberikan gred D, iaitu 35.8 peratus sepanjang dua tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan walaupun ramai menyifatkan kerajaan...

Lokal

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengiktiraf pencapaian cemerlang 70 pemain industri pembinaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd