Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Ketandusan Idea? Fahmi Fadzil Gesa PN Hentikan Isu Perkauman

Pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional (PN) digesa untuk menghentikan isu perkauman ketika berpolitik kerana dianggap tidak matang.

Memetik laporan Sinar Harian, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyatakan bahawa pihak pembangkang yang kini dilihat sudah ketandusan idea perlu berhenti bermain isu perkauman memandangkan pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sendiri menghantar anak-anak ke sekolah Cina.

Foto: Bernama

“Jangan guna isu perkauman, mainkan sentimen seperti ini kerana ia adalah senjata makan tuan. Berapa ramai pimpinan PAS siap hantar anak-anak mereka ke sekolah Cina malah saya difahamkan cucu Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pun dihantar ke sekolah Cina,” katanya semalam.

Fahmi berkata, memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara sederhana dan wasatiyah, PN perlu bersikap matang dengan tidak menyentuh isu seperti sekolah vernakular perkauman.

“Ini amaran penting kerana Malaysia adalah sebuah negara sederhana dan wasatiyah. Kita tidak keterlaluan jadi bila dimainkan isu seperti sekolah vernakular perkauman ini adalah politik tidak matang,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan dakwaan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) sedangkan Anwar sendiri yang menandatangani watikah pencalonan Pakatan Harapan (PH) tersebut.

Foto: Business Today

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas lanjut, Pengerusi Komunikasi PH itu berkata, perbezaan dapat dilihat apabila pemimpin parti pembangkang yang terus memboikot calon parti tersebut dan tidak hadir untuk berkempen meskipun sudah hari kelima.

“Saya dimaklumkan semalam Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sepatutnya turun berkempen, namun tidak nampak, jelas kegusaran dan kehampaan di wajah Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian (Roskhoirah Yahya)

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd