Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Sarimah Ahmad Rayu Penerbit Terkenal kembalikan Filem Hasil Karyanya

Datuk Sarimah Ahmad, 82, rayu kepada penerbit terkenal untuk kembalikan semula pita asal empat filem hasil karyanya yang diambil sejak 36 tahun lalu sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.

Menurut laporan Harian Metro, terdapat empat filem yang masih belum dipulangkan iaitu Kabus Tengahari, Detik 12 Malam, Dia Ibuku dan Jejak Bertapak.

Sarimah Ahmad

Artikel lain: Penerbit Vik2ria Secret Tak Lemah Semangat Walaupun Hanya Kutip RM5,058.90

“Saya mohon sangat agar dia (penerbit) dapat pulangkan semula (pita asal) empat filem itu sebelum menutup mata kerana sudah 36 tahun diambil olehnya sejak hari kematian suami saya, Allahyarham Yusof Majid.
“Sekiranya dulu filem-filem itu diambil bagi membayar segala hutang kami kepada dia, tapi sehingga sekarang tempohnya sudah pun lebih 30 tahun dan takkanlah masih belum habis-habis (lunas) lagi,” katanya.

Jelasnya lagi, empat filem tersebut sangat bermakna buat dirinya memandangkan ia adalah produk seni hasil daripada terbitan produksi miliknya, Sarimah Film Production dan Sasari.

Semalam, Sarimah mendapat kunjungan daripada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Ahmad Farhan Fauzi yang hadir ke kediamannya sempena Program Ziarah Madani.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sarimah turut mendedahkan penerbit tersebut pernah berjanju untuk memulangkan kembali empat pita filem tersebut namun sehingga kini masih berdiam diri.

“Saya kesal dengan tindakan penerbit itu apabila sampai ke hari ini dia gagal memulangkan filem-filem saya yang diambilnya itu selepas kali terakhir kami bertemu 36 tahun lalu dan hingga kini terus berdiam diri tanpa sebarang khabar berita.
“Dia pernah berjanji (pulangkan semula) tapi mengapa tidak ditepati. Ambil kesemua pita asal filem itu yang mungkin masih ada di dalam simpanannya dan terus diamkan diri. Itu hak saya, hasil titik peluh saya dan tolong pulangkan balik.
“Saya hanya minta agar dipulangkan saja pita asal filem itu kerana hak saya. Semua dosa dan kesalahan anda, saya sudah maafkan dunia akhirat. Cuma, kembalikan hasil titik peluh saya,” katanya.

Pelakon Madu Tiga itu memberitahu penerbit terbabit bersama seorang rakannya seakan mengambil kesempatan hadir ke rumahnya untuk menandatangani satu dokumen pada hari kematian suaminya.

“Ketika itu, fikiran saya dalam keadaan sangat bercelaru kerana arwah suami baru meninggal dunia dan jenazahnya menunggu masa untuk disolat dan dikafankan. Jadi, masa itu saya memang tak dapat nak fikir dengan jelas.
“Saya tahu ada perkara lain yang pihaknya (penerbit itu) tidak jelaskan kepada saya. Tapi, apa pun keadaannya, dia perlu menepati janji untuk memulangkan kesemua pita filem yang sudah lama diambil itu kepada saya semula.
“Saya bukan mengejar bayaran, cuma macam dikatakan filem-filem itu adalah hasil titik peluh saya, wang saya sebagai penggiat seni. Disebabkan filem itu jugalah, saya pernah menanggung hutang dan jatuh muflis sebelum ini kerana menjadi penjamin bagi mendapatkan pinjaman bank untuk menghasilkannya,” katanya.

Susulan itu, beliau berharap agar Kementerian Komunikasi membantunya untuk mendapatkan kembali haknya yang sudah lama diperjuangkan.

Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Politik

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hanya memberikan gred D, iaitu 35.8 peratus sepanjang dua tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan walaupun ramai menyifatkan kerajaan...

Lokal

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengiktiraf pencapaian cemerlang 70 pemain industri pembinaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd