Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bapa Tak Mengaku Perkosa Anak Kandung, Mohon Maaf Pukul Ketika Mabuk

Seorang bapa tak mengaku perkosa anak kandung yang berusia 16 tahun pada November tahun lalu.

Bapa berusia 47 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas pertuduhan merogol (perkosa) anak kandungnya mengaku tak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Tertuduh berhadapan dakwaan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa penjara tidak kurang lapan tahun, tidak lebih 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebat tidak kurang 10 sebatan.

“Mengikut pertuduhan, tertuduh telah merogol anak kandungnya yang ketika kejadian berusia 16 tahun enam bulan yang mana ia tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya,”petik laporan Sinar Harian.

tak mengaku perkosa anak

Artikel lain: Remaja Rogol Adik Hingga Lahirkan Anak Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesalahan itu dilakukan pada 12 November 2023, pada waktu petang, di sebuah rumah di Kampung Kendong Baru Kota, Rembau.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Goh Hsiao Tung tidak menawarkan jaminan memandangkan mangsa merupakan anak kandung tertuduh dan sekiranya diberikan jaminan dikuatiri dia akan menganggu mangsa.

“Pihak pendakwaan membantah jaminan diberi dan mangsa ini juga telah dipukul oleh tertuduh selepas kejadian dan tertuduh juga akan dituduh untuk kes itu,” katanya.

Hakim kemudiannya menetapkan 6 Mac ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Tertuduh dalam rayuannya memohon maaf dan memberitahu ketika kejadian dia sedang mabuk yang menyebabkan dia melakukan perbuatan tidak baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut tertuduh, dia juga perlu menjaga bapa dan kini orang kurang upaya (OKU) kerana pernah kemalangan yang menyebabkan seebelah matanya rosak.

“Jadi sukar saya nak cari kerja lain. Saya juga tiada pekerjaan tetap dan sekarang tinggal sendirian,” katanya lagi.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang remaja perempuan teruk dibelasah bapa kandungnya dengan menggunakan pelbagai objek sehingga mendapat 12 jahitan pada kepala dan dikejarkan ke Hospital Tampin.

Kejadian tersebut berlaku kerana bapanya tidak berpuas hati terhadap anaknya yang mengadu kepada teman wanita bapanya yang dia dirogol lelaki itu.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Politik

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hanya memberikan gred D, iaitu 35.8 peratus sepanjang dua tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan walaupun ramai menyifatkan kerajaan...

Lokal

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengiktiraf pencapaian cemerlang 70 pemain industri pembinaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd