Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Filem The Experts Bakal Temui Penonton Tidak Lama Lagi

Filem The Experts, sebuah naskah berfilemkan aksi rompakan hasil terbitan Astro Shaw bakal menemui penonton di pawagam tidak lama lagi.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata filem berkonsepkan heist seperti The Experts ini jarang dihasilkan di Malaysia.

“Kami yakin naskhah sebegini mempunyai peminat dan pengikutnya tersendiri. Selaku perintis, Astro Shaw amat menitik beratkan kualiti dan penceritaan yang menghiburkan,” katanya dalam satu kenyataan.

FThe Experts diarahkan oleh sutradara filem pecah panggung Polis Evo 2 iaitu Andre Chiew bersama Nazim Shah, manakala skrip ditulis oleh Ayam Fared, Abhilash Chand, Mamu Vies, Kyle Goonting dan Joel Soh.

Ia mengisahkan sekumpulan adik-beradik yang mempunyai kepakaran masing-masing dalam kegiatan merompak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas menggemparkan negara dengan rompakan jongkong emas di lapangan terbang, abang mereka memaksa adik-adiknya untuk memulakan hidup baru.

Namun, salah seorang adik mereka merancang untuk mencuri cincin berharga jutaan ringgit, lantas terperangkap dengan ugutan besar.

Ini memaksa Syarif, Khairul, Emma, Amiruddin dan Rozland kembali ke dunia yang telah lama ditinggalkan dan merancang rompakan paling besar.

“Bagi menyuntik keterujaan penonton, kami kongsikan gambar eksklusif pertama daripada daripada babak filem ini, sekali gus mengumumkan secara rasmi barisan pelakon utama.
“Banyak lagi yang akan kami kongsikan tentang The Experts dari masa ke semasa,” ujar Raja Jastina.

Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon terkenal seperti seperti Datuk Aaron Aziz, Remy Ishak, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan ramai lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nantikan kemunculan filem aksi ini selain boleh ikuti perkembangan filem ini di media sosial Instagram, X, TikTok dan Facebook Astro Shaw atau Astro Gempak.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet olahraga negara, Eddy Bernard meraih pingat gangsa pertama untuk Malaysia di temasya Sukan Paralimpik Paris dalam acara 100m T44 (kecacatan fizikal) di Stade...

Sukan

Penampilan pertama Muhammad Fareez di Sukan Paralimpik Paris 2024 memberi aksi kurang memberangsangkan kerana terlampau memikirkan untuk merebut kemenangan dalam perlawanan penentuan pingat gangsa...

Lokal

Pihak pengurusan Johnny’s Restaurant dan Black Canyon tampil memberi penjelasan berhubung isu bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Foto: Laman web Johnny’s Menerusi...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) melancarkan Program e-Perkasa SPM Yayasan LTAT (YLTAT) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam memperkasakan pendidikan anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM)....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd