Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Penumpang Mahu MYAirline Bertanggunjawab Atas Pembatalan Penerbangan

Penumpang MyAirline Sdn Bhd di sini mahu pihak syarikat MYAirline mengambil  tanggungjawab ke atas kerugian mereka berikutan pembatalan penerbangan dan penggantungan operasinya yang berkuat kuasa hari ini.

MYAirline kena ambil tanggungjawab

Memetik laporan dari Bernama, penumpang dikenali sebagai Suziana Ottoh, 36, mengatakan yang dia hanya menyedari pembatalan penerbangan itu kira-kirajam  10 pagi tadi selepas tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) di sini pada 6 pagi dari Lahad Datu yang jaraknya lebih 400 kilometer.

Ujar wanita berkenaan, dia bersama lima anaknya dijadualkan berlepas ke Kuala Lumpur pada 4.20 petang 14 Oktober ini, tetapi  waktunya telah ditunda kepada 9.50 malam.

“Saya tidak pasti sama ada (penerbangan jam 9.50 malam) itu dibatalkan atau tidak. Saya takut kalau dibatalkan lagi macam hari ini, sia-sia saja menunggu,” katanya.

Suziana berkata lagi, dia terpaksa datang awal dua hari bagi mengelak tertinggal pesawat kerana pernah terjadi sebelum ini apabila syarikat penerbangan  tidak membenarkan mereka menaiki pesawat hanya kerana lewat beberapa minit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kredit foto: Bernama

MYAirline ubah tarikh penerbangan tanpa memberitahu

Dalam pada itu, seorang lagi penumpang, Fresella June Gunihas, 22, menyatakan yang dia datang ke pusat jualan MYAirline kerana mahu mendapatkan penjelasan mengenai jadual penerbangannya yang sepatutnya pada 18 Oktober tetapi telah diubah.

Disebabkan masalah itu, dia terpaksa membayar RM1,600 hanya kerana kesilapan sistem syarikat berkenaan yang mengubah tarikh penerbangannya kepada bulan November.

“Saya diminta membayar tambahan harga dan penalti yang bukan berpunca daripada kesalahan saya. Saya tidak faham sistem MYAirline ini,” katanya yang mahu ke Kuala Lumpur pada tarikh berkenaan untuk melawat ahli keluarganya yang sakit.

Kredit foto: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pusat jualan MYAirline ditutup

Tak hanya itu, Fadzhil Rosleh, 32, juga melahirkan rasa kecewa apabila tiket penerbangan adiknya bersama ibu dan anak saudara ke Kuala Lumpur pada petang ini telah dibatalkan.

Dia berkata adiknya, Diana Rosleh, 31, tiba dari Kuala Lumpur semalam dan akan pulang ke Kuala Lumpur petang ini, namun terpaksa pula berdepan dengan situasi itu.

“Sekarang ini kami tidak tahu dengan siapa kami perlu berurusan, pusat jualan MYAirline pun tutup. Tiket sudah dibeli dan bukannya murah untuk tiga orang,” katanya yang berasal dari Kota Kinabalu.

Kredit foto: Bernama

Artikel lain: Masalah Kewangan Punca MYAirline Gantung Operasi Bermula Hari Ini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dua penerbangan iaitu Kota Kinabalu -Tawau dan Kota Kinabalu – Kuala Lumpur dibatalkan oleh syarikat berkenaan.

Di Sabah, penggunaan kapal terbang terutama dari Kota Kinabalu ke kawasan pantai timur dan kawasan pedalaman adalah satu keperluan kerana tempoh  yang singkat berbanding perjalanan darat yang mengambil masa lapan hingga sembilan jam.

Sebelum ini, MYAirline Sdn Bhd dalam satu kenyataan awal pagi ini memaklumkan menggantung operasinya berkuat kuasa hari ini hingga diberitahu kelak berikutan tekanan kewangan yang ketara.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Lokal

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengiktiraf pencapaian cemerlang 70 pemain industri pembinaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd