Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin selamat tiba di Malaysia sempena lawatan kerja selama dua hari bermula pada 11 Oktober hingga 12 Oktober ini.
Ini merupakan lawatan sulung beliau selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada 5 September lalu dengan diiringi oleh pegawai-pegawai kanan Kerajaan Thailand.
https://www.facebook.com/BernamaTV/videos/6593668367348975
Menerusi satu kenyataan Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra), Srettha dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada hari ini.
Pada hari yang sama, Srettha juga akan mengadakan pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kunjungan hormat Srettha bersama Anuar di New York, baru-baru ini.
Kedua-dua pemimpin ini dijangka menilai semula kemajuan hubungan dua hala, terutama kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan dan keselamatan sempadan.
Selain itu, mereka juga akan menerokai bidang-bidang kerjasama baru seperti keselamatan siber, ekonomi digital dan ekonomi hijau.
https://www.facebook.com/KhaosodEnglish/posts/pfbid0CVxoTEZe2iUREaHtnEYxWT5KnMTj7MjV5EJsUQYrkQ9eoe7SxG4JDu9UohPTxTX6l
“Kedua-dua pemimpin juga dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.
“Kementerian Luar Negeri yakin Lawatan Kerja ini akan memperkukuhkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara dua buah negara yang juga merupakan jiran dan rakan kongsi dalam ASEAN,” tulis kenyataan tersebut.
Pada tahun 2022, Thailand merupajan rakan dagang ketujuh dan ketiga terbesar dalam ASEAN dengan jumlah dagangan RM122.03 (USD27.75 billion), peningkatan sebanyak 17.9 peratus berbanding RM97.55 bilion (USD23.54) pada tahun 2021.