Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Belanjawan 2024: MOF Laksana Dasar Fiskal, Inisiatif Kurangkan Kemiskinan

Kementerian Kewangan (MOF) komited untuk melaksanakan dasar fiskal yang lebih baik dan progresif menerusi Belanjawan 2024 bagi mengurangkan kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan di negara ini.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican berkata ini kerana sumbangan dasar fiskal terhadap inisiatif mengurangkan kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan adalah minimun dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), lapor BERNAMA.

Beliau berkata, terdapat ruang untuk menjadikan dasar fiskal Malaysia lebih progresif terutama menerusi instrumen bantuan tunai.

“STR (Sumbangan Tunai Rahmah) telah memberi manfaat kepada 60 peratus daripada jumlah penduduk,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran laporan Malaysia Economic Moniter (MEM) ke-28 Bank Dunia bertajuk Raising the Tide, Lifting All Boats pada Selasa.

MEM merupakan laporan yang diterbitkan dua kali setahun oleh Bank Dunia mengenai kemajuan ekonomi  dan pembangunan Malaysia.

Hadir bersama dalam majlis pelancaran tersebut adalah Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Pengurus Negara Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Yasuhiko Matsuda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata STR akan diteliti untuk penambahbaikan supaya inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada lebih ramai golongan yang kurang berkemampuan dan memerlukan.

Melalui laporan MEM walaupun trend penurunan jangka panjang, ketaksamaan pendapatan di Malaysia kekal tinggi secara relatif berbanding negara serantau dan peralihan serta negara berpendapatan tinggi.

Laporan itu juga mendapati kadar kemiskinan di negara ini berada di bawah 10 peratus yang menunjukkan tahap pembangunan dan pertumbuhan yang dicapai negara dalam tempoh berdekad.

Namun begitu, golongan miskin tetap sukar ditembusi dan pada masa yang sama pengurangan kadar kemiskinan makin perlahan sebelum Covid-19.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd