Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bekas Pemain Liga Super, Azinee Taib Dihukum Penjara 15 Bulan

Bekas pemain bolasepak Liga Super, Azinee Taib dijatuhkan hukuman penjara 28 bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan pilihan memiliki harta curi pada Mei dan Julai lalu.

Buat pengakuan bersalah di hadapan majistret

Memetik laporan dari Harian Metro, Mohd Azinee Taib, 33 membuat pengakuan tersebut dihadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid selepas dua pertuduhan tersebut dibacakan.

Azinee Taib didakwa dua pertuduhan pilihan

Menerusi pertuduhan pilihan pertama, Mohd Azinee didakwa menyimpan harta curi iaitu jam tangan berjenama milik Ker Zhi Zin, 17 dan beg tangan kepunyaan Ho Shin Fun, 50, di dua lokasi iaitu jeti nelayan Ayer Baloi, Pontian serta Forest City Country Garden, Gelang Patah pada 3 Julai lalu sekitar jam 4.30 petang.

Dia telah  didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pertuduhan pilihan kedua, Azinee didakwa memiliki dompet dan juga beg tangan berjenama kepunyaan Toh Lai Siang, 53, dipercayai hasil curi dan didakwa mengikut seksyen sama.

Azinee Taib ditahan 3 Julai lalu

Untuk rekod, Mohd Azinee telah ditahan pada 3 Julai lalu selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman Bakri Muar.

Selain itu, kejadian sama juga berlaku pada 11 pagi, 17 Jun lalu, apabila sebuah rumah di Taman Cahaya Melati, Parit Jawa dalam daerah ini diumpil menyebabkan barangan berharga serta wang tunai RM10,000 hilang.

Azinee telah dibawa di kedua-dua lokasi terbabit pada hari dia ditahan dan polis akhirnya menemui beberapa barangan disyaki dicuri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Azinee Taib dijel 15 bulan

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan bagi pertuduhan pertama dan 15 bulan untuk pertuduhan kedua kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Namun begitu, mahkamah memerintahkan semua hukuman dijalankan serentak bermula tarikh sabitan hari ini, bermakna Mohd Azinee hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 bulan.

Sumber: Harian Metro (Alias Abd Rani)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd