Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi amaran tegas kepada pihak yang mengambil kesempatan dengan menyorokkan beras sehingga membebaskan orang ramai.
Tengah orang susah, ketika itu kamu cari untung -Perdana Menteri
Memetik laporan dari Kosmo! merujuk kepada kenyataan beliau dalam ceramah Mega Perpaduan Madani N.36 DUN Pelangai di Simpang Pelangai semalam, beliau telah mengarahkan agar semua badan penguatkuasaan mengambil tindakan tegas serta menyatakan kerajaan tidak teragak-agak mengheret pihak terlibat ke mahkamah.
“Saya beritahu Mohamad Sabu (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan) arahan jelas kepada badan penguat kuasa kalau ada berani buat perangai buruk dalam orang susah cari beras, sorok, kamu jaga, kami cari kamu dan saman dan bawa ke mahkamah,”
“Tengah orang susah, ketika itu kamu hendak cari untung,” katanya.
Artikel lain: Akmal Salleh Terjah Kilang Beras, Tarik Balik Lesen Jika Enggan Patuh Arahan
Perdana Menteri maklum yang kerajaan beri subsidi RM400 juta
Dalam pada itu, pihak kerajaan turut memberikan subsidi sebanyak RM400 juta bagi mengatasi isu kekurangan beras tempatan dan kenaikan harga beras.
melalui pendekatan berkenaan, pihak kerajaan akan membayar subsidi kepada semua premis kerajaan yang diarahkan hanya menggunakan beras import, selain subsidi bagi menurunkan harga beras import di Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai bekalan beras tempatan.
FAMA juga akan turut bantu
Lembaga Pertubuhan Peladang dan Lembaga Pemasaran dan Pertanian Persekutuan (FAMA) juga diarahkan membantu pengedaran beras serta-merta jika berlaku kekurangan bekalam beras di mana-mana kawasan.
“Makanya kita cuba. Adakah kita yakin selesai 100 peratus? Tidak, kerana masalah berat. Jadi saya kata bagi masa seminggu untuk tengok keadaan.
“Kalau tidak selesai lagi, kita bincang tindakan sebelum Bajet pada 13 hari bulan,” ujarnya.
Sumber: Kosmo! (Abdul Rashid Abdul Rahman)