Baru-baru ini, nama penyanyi popular Korea Selatan, Jessi telah menjadi bualan hangat hangat netizen kerana membuat beberapa pengakuan mengenai hal bekaitan peribadinya.
Menerusi podcast ‘Dumb With Fun’, Jessi atau nama sebenarna Jessica Ho mendedahkan dia mahu tampil dengan imej yang lebih bersederhana memandangkan selama ini dikenali dengan penampilan yang seksi.
“Dari zaman ‘Unpretty Rapstar’, saya dikenali sebagai seorang yang tak kisahkan apa-apa. Tapi sekarang, saya cuba berkelakuan tidak melebihi batas. Saya tak akan pakai sesuatu yang keterlaluan, atau kurang,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, penyanyi yang berusia 34 tahun itu memaklumkan dia pernah menerima tawaran ‘photoshoot’ dari sebuah syarikat majalah Korea tanpa pakaian namun ditolak dengan cara baik.
Jelasnya, dia sendiri tidak pernah memberikan gambar tidak senonoh sebegitu kepada teman lelaki.
“Saya bahkan tak pernah hantar gambar sebegitu kepada teman lelaki. Saya seorang yang sangat pemalu,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Jessi memberitahu dia berhasrat untuk memiliki anak selepas pernah bermimpi hamil lima bulan tanpa mengetahui siapa bapanya.
“Dua hari lalu, saya bermimpi yang saya mengandung 5 bulan dan saya tak tahu pun siapa ayahnya. Walaupun saya tak tahu, tapi saya tak kisah langsung. Saya hanya mahukan bayi itu.
“Bahkan orang lain bertanya siapa ayah anak tersebut, saya hanya membalas di dalam mimpi itu ‘Saya tak tahu dan saya rasa saya tak buat seks pun’. Dalam mimpi itu, saya hanya memegang perut dan berasa sangat gembira,” luahnya.
Bukan itu sahaja, Jessi berharap dalam tempoh lima tahun akan datang dia berkesempatan untuk menjadi seorang ibu buat anak-anaknya.
Sumber: Kimchi Daily