Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

MAPIM, YWM Gerak 20 Aset Bantuan Kecemasan Menerusi Program Jelajah Peduli Ummah

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah menggerakkan lebih 20 aset bantuan kecemasan dalam Program Jelajah Peduli Ummah yang dilancarkan pada Jumaat.

Antara aset itu adalah bantuan kecemasan yang terdiri daripada kenderaan bantuan 4×4, peralatan logistik seperti bot, mobile clinic, mobile kitchen, alatan membersih rumah dan sukarelawan terlatih.

Selain aset bantuan bencana digerakkan, MAPIM Malaysia turut akan menyediakan kotak-kotak bantuan yang merangkumi bekalan makanan, pakaian, ubat-ubatan serta keperluan asas lain yang diberikan kepada mangsa bencana di seluruh dunia.

Jelajah ini mensasarkan hampir 100,000 orang penerima manfaat yang akan mendapat bantuan sewajarnya di seluruh negara tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Program Jelajah Peduli Ummah merupakan inisiatif besar yang melibatkan gabungan kerjasama pelbagai agensi iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), Majlis Agama Islam Malaysia Persekutuan (MAIWP) dan Zus Coffee.

Program jelajah yang akan bermula pada Oktober 2024 dan bakal berakhir pada Februari 2025 ini melibatkan beberapa buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Johor, Kedah, Pulau Pinang, Mekala dan Negeri Sembilan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar berkata program ini merupakan simbolik kepada solidariti rakyat Malaysia.

“Selaras dengan semangat ‘Sejahtera Insan Al-Falah’ yang mencerminkan kebajikan dan kesejahteraan untuk membuat semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.
“Matlamat utama adalah untuk menyampaikan bantuan kepada golongan asnaf, B40, para pelajar, anak-anak yatim, orang tua, orang asli serta mangsa banjir dan pelbagai lagi segmen masyarakat yang berada di bawah paras kemiskinan dan memerlukan perhatian khusus,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif MAPIM Malaysia, Sani Araby Al Kahery menjelaskan MAPIM akan mengutamakn usaha untuk menyantuni masyarakat dalam negara, memberi fokus kepada golongan yang perlu disokong dan perhatian oleh semua pihak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Isteri Enggan Rawat Bisul Ditampar, Tukang Cuci Loji Dipenjara 2 Bulan

“Namun, ini tidak bermakna bantuan dan sokongan kepada saudara-saudara di Gaza dan di luar negara seperti Lebanon dan Syria akan dikurangkan.
“Usaha kita dalam negara adalah keutamaan, namun bantuan kepada saudara kita di Gaza dan negara-negara lain yang memerlukan tetap akan diteruskan.
“Usaha kerdil ini memerlukan gandingan kita semua agar semangat Malaysia menjadi formula kejayaan dalam hal kemanusiaan,” ujarnya.

Antara pengisian utama yang dilaksanakan pada program ini adalah Misi Ummah Bantu Ummah yang mana ia adalah aktiviti yang membantu golongan yang paling memerlukan melalui bantuan makanan, pakaian serta keperluan asas lain.

Selain itu, program ini juga akan menganjurkan Karnival Peduli Ummah: Sejahtera Insan dengan Nilai Al-Falah yang mana aktiviti ini akan menggabungkan elemen pendidikan, sosial dan keagamaan untuk menyemarakkan semangat kepedulian dalam masyarakat.

Sementara itu, aktiviti lain yang dijalankan sepanjang program ini adalah Majlis Selawat dan Solat Hajat, Ziarah Mu’saadah Dakwah & Jiwa Murni Al-Falah dan Misi Bantu Asnaf & Anak Yatim.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Setelah lebih lapan tahun, saluran Astro Warna secara rasmi tamat siaran pada tengah malam 3 Disember dan dikatakan bakal beralih ke saluran Astro Prima....

Lokal

Lebih RM45 juta wang tunai dirampas daripada bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Ag Mohd Tahir Mohd Talib dalam kes pengubahan wang haram...

Sosial

Pendakwah dari Indonesia, Miftah Maulana mohon maaf kepada seorang penjual teh ais selepas tular video memaparkan beliau sedang melemparkan kata-kata kesat dan hina kepada...

Lokal

Isteri kepada seorang pendidik yang dikenali sebagai Cikgu Din dilaporkan telah meninggal dunia di Tumpat, Kelantan, sekitar jam 9 malam tadi. Menurut laporan Buletin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd