Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

7th Malaysia–Netherlands Water Dialogue Himpunkan Pakar Tangani Isu Cabaran Air

Program 7th Malaysia–Netherlands Water Dialogue telah menghimpunkan pakar dalam menangani isu cabaran air semasa sambil berkongsi amalan terbaik antara kedua-dua negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyentuh mengenai cabaran yang dihadapi dalam menjamin keselamatan air dengan kesan perubahan iklim yang semakin meningkat dan peningkatan kerjasama antara kedua-dua negara.

“Visi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) adalah untuk menjadikan sektor air sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi negara.
“Ia selaras dengan Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 serta komitmen untuk memastikan akses bekalan air secara berterusan kepada semua dalam memastikan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata demikian ketika menghadiri porgram tersebut di Asian International Arbitration Center (AIAC), Kuala Lumpur hari ini.

Penganjuran dialog hasil kerjasama antara PETRA dan Kedutaan Belanda sejak tahun 2018 itu turut dihadiri Duta Belanda ke Malaysia, Jacques Werner.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, PETRA berkata, tema tahun ini adalah “Pathway to Resilience: Achieving Water Security Amidst Climate Change” yang mengupas bagaimana kedua-dua negara memastikan jaminan keselamatan air dalam mendepani impak negatif perubahan iklim.

“Program itu dapat mengekalkan jaringan perhubungan dan membuka peluang kerjasama strategik antara Malaysia dan Belanda,” kata PETRA dalam satu kenyataan.

Sesi pembentangan dan perbincangan panel oleh pakar-pakar dalam bidang air dan perubahan iklim daripada kedua-dua negara telah diwakili oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Institut Penyelidikan Air Kebangsaan (NAHRIM) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta Indah Water Konsortium (IWK) dari Malaysia.

Manakala, pihak Belanda diwakili oleh Deltares dan KWR iaitu institut pengetahuan air di negara berkenaan.

“Sesi dialog telah meneroka inisiatif kerjasama yang berterusan dan akan datang antara Malaysia dan Belanda.
“Perbincangan memberi fokus antara lainnya kepada sumber air alternatif, pengurusan air bawah tanah, strategi pengurusan banjir terutama berkaitan penyelesaian berasaskan alam semula jadi (nature-based solution),” ujarnya.

Peserta program adalah terdiri daripada wakil jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri, wakil-wakil kedutaan, operator air dan pembetungan, badan-badan antarabangsa, institusi pengajian tinggi, badan korporat serta badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Sosial

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas dihalau keluar daripada surau Musolla Halaman 11, Bandar Rimbayu, hanya kerana duduk beriktikaf...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd